Realtime website trackingweb stats

Kelakar bercampur kecewa apabila staf makanan Jepun tegur pasangan ‘vlogger’ disebabkan perkara ini

Oleh AHMAD ISMAIL

Sushi adalah sejenis makanan Jepun yang terdiri daripada sepotong nasi yang dipadatkan bersama bahan-bahan seperti ikan segar, ketam, atau sayuran, dan dilengkapi dengan wasabi, jacong, atau sos soya.

Makanan ini sering disajikan dalam bentuk kecil dan estetik, dan boleh dihidangkan dengan pelbagai variasi, termasuk nigiri

(sepotong ikan di atas nasi), maki (nasi dan isian dibalut dengan rumput laut), atau sashimi (potongan ikan mentah tanpa nasi).

Sushi dikenali kerana rasa uniknya yang segar dan keseimbangan yang halus antara rasa, tekstur, dan penyajian yang indah.

Dulu, mungkin ramai orang sukar menerima rasa sushi yang diperbuat daripada bahan-bahan asas yang kurang dikenali dengan citarasa tempatan.

Kelakar bercampur kecewa apabila staf makanan Jepun tegur pasangan 'vlogger' disebabkan perkara ini

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak peniaga tempatan sangat kreatif mengolah resepi sehingga ada yang boleh menjual sushi bajet dengan pelbagai jenis.

Kami datang sini sebab dekat dengan rumah & tak bising

Tapi siapa sangka bagi sepasang vlogger ini, pengalaman mereka menikmati sushi di sebuah restoran malah bertukar kepada situasi yang agak memalukan.

Kedua-duanya dilihat sedang enak menjamu selera tanpa menyedari rupanya ada pekerja sudah mula memandang meja mereka seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Maaf bang, makan sushi kat sini tak boleh pakai tangan. Kena pakai penyepit ikut budaya Jepun

Tidak lama selepas itu, seorang pelayan lelaki akhirnya datang untuk menegur perbuatan mereka yang makan menggunakan tangan.

Agak terkejut dengan teguran itu, tetapi pekerja itu menjelaskan kedai mereka memang menekankan budaya Jepun.

Oleh itu, mengikut peraturan di sana, sushi sepatutnya dinikmati dengan penggunaan penyepit yang disediakan kepada setiap pelanggan.

Terpulanglah nak makan macam mana, kita beli, kita bayar…Nak pakai penyodok pun tu urusan kita

Lawak dicampur kekecewaan, ramai netizen agak pelik dengan teguran yang diberikan.

Bagi mereka, setiap pelanggan berhak memilih cara makan apa pun, terutamanya sushi yang telah dibayar.

Jika benar-benar mengikut budaya Jepun, mereka bergurau bahawa kakitangan juga sepatutnya berkomunikasi dalam Bahasa Jepun.

Kredit : TikTok Enjoy Batam

BACA: Ikuti teknik ini jika mahu telur separuh masak macam makan kat kopitiam, ramai cuba & menjadi!