Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dan menteri luarnya terpaksa melakukan pendaratan cemas pada hari Ahad.
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa helikopter tersebut sedang melintasi kawasan pergunungan dalam keadaan cuaca berkabus tebal.
Raisi, 63 tahun, dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas melawat wilayah Azerbaijan Timur, di mana beliau merasmikan sebuah projek empangan.
Keadaan cuaca yang buruk menyukarkan usaha menyelamat, namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu, agensi berita Fars menggesa agar rakyat Iran mendoakan keselamatan Raisi.
Menurut IRNA, helikopter terbabit membawa Raisi, Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, dan juga pegawai tempatan.
8 buah ambulans telah digerakkan ke kawasan helikopter dipercayai membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi terhempas
Pasukan Pertama Penyelamat telah tiba di kawasan kejadian.
Menteri Dalam Negeri, Ahmed Vahidi, memaklumkan bahawa salah satu daripada tiga helikopter tersebut terlibat dalam nahas, dan pihak berkuasa sedang menunggu makluman lanjut.
Baca:
Bau kurang enak tapi resipi sambal udang petai wajib ada dalam menu, sedap menyengat!