Realtime website trackingweb stats

Betul ke kepala burung hantu boleh berputar 135 darjah? Ini fakta yang korang kena tahu

Oleh AHMAD ISMAIL

Burung hantu adalah antara spesies yang sering dikaitkan dengan unsur mistik kerana ia selalu bergerak secara aktif pada waktu malam.

Burung hantu adalah sejenis burung malam yang dikenali dengan ciri-ciri seperti kepala berbentuk bulat, mata besar yang dapat memandang dengan ketajaman pada waktu malam, dan kemampuan terbang yang senyap.

Burung ini juga dikenali dengan warna bulu yang biasanya gelap serta kemampuan untuk berburu mangsa pada waktu malam dengan menggunakan pendengaran yang sangat tajam.

Kami akan kongsikan empat fakta tentang burung hantu yang segelintir daripada anda tidak pernah tahu sebelum ini:

Kepala burung hantu boleh berputar sehingga 135 darjah

Betul ke kepala burung hantu boleh berputar 135 darjah? Ini fakta yang korang kena tahu

Banyak orang menganggap burung hantu ini sebenarnya dapat memutarkan kepala mereka sehingga 360 darjah.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Mental Floss ini membuktikan sebaliknya di mana burung hantu boleh memusingkan 135 darjah ke kiri dan kanan sahaja. Menarik, bukan?

Penglihatan burung hantu agak terbatas

Walaupun pandangan burung hantu kelihatan tajam dan menakutkan, penglihatan jarak dekat mereka sebenarnya agak terbatas. Dalam erti kata lain, burung hantu adalah rabun dekat.

Oleh itu, burung ini sebaliknya akan menggunakan bulu-bulu kecil pada paruh dan kaki mereka untuk merasai ‘haba’ mangsa.

Burung hantu mempunyai pendengaran yang tajam

Walaupun ia mengalami masalah penglihatan jarak dekat, namun deria pendengaran burung hantu sangat tajam. Kelebihan ini sekali gus memudahkan burung ini untuk berburu pada waktu malam.

Sebagai contoh, burung hantu ini boleh mendengar suara tikus yang menginjak ranting dari ketinggian 23 meter. Menarik, bukan?

Burung hantu adalah simbol kemenangan dan pemergian

Individu yang mengamalkan kepercayaan Yunani kuno menganggap burung hantu sebagai simbol perlindungan dan kemenangan.

Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa Athena iaitu dewi kebijaksanaan membela burung ini. Disebabkan itu, burung hantu melambangkan pengetahuan.

Walau bagaimanapun, Athena juga adalah dewi peperangan dan ini menyebabkan burung hantu turut dianggap sebagai pelindung tentera yang ingin menyertai peperangan.

Dalam erti kata lain, mereka akan menerima berita baik sekiranya burung hantu ‘menyertai’ peperangan tersebut.

Walau bagaimanapun, orang Jawa pula berpendapat sebaliknya dengan menganggap bahawa kehadiran burung hantu ini membawa petanda pemergian individu tersebut.

Baca:

‘Ini semua salah TMJ’- Hashtag Pemangku Sultan Johor

Di mana Rafah dan kenapa rejim Zionis sasar kubu terakhir perlindungan rakyat Palestin?

“Kenapa nak persoal orang taknak tolong?” – Ramai ‘kepanasan’ isu #Blockout2024, kini Aqasha pula bersuara