Realtime website trackingweb stats

‘Ini semua salah TMJ’- Hashtag Pemangku Sultan Johor

Oleh ADINDA

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan beberapa pihak yang menuding jari terhadap beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), serta mengaitkan mereka dengan beberapa insiden jenayah di negara ini.

Menurut Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, kejadian malang yang menimpa tiga pemain kebangsaan, iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim, dan Safiq Rahim, tidak mempunyai kaitan langsung dengan beliau mahupun arena bola sepak.

Tambah baginda, kemalangan yang melibatkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias, yang mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar dan diseret sejauh 100 meter oleh sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki mabuk di Johor Bahru baru-baru ini, juga tidak patut dikaitkan dengan dirinya.

Baginda juga menyatakan bahawa terdapat pihak yang cuba menyalahkan dirinya berhubung kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi yang telah mengorbankan dua anggota polis.

“Akhyar kena samun, Faisal kena asid, Safiq kereta kena pecah, Siti Nurul Masyitah kena langgar kereta, semalam seorang lelaki dari Bagan Serai Perak ditangkap dan jumpa Bomb di rumah, Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng, dan dua anggota polis ditembak.

'Ini semua salah TMJ'- Hashtag Pemangku Sultan Johor

“Semua ini kerja TMJ, FAM, polis dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Semua kejadian ini tiada kaitan dengan bola sepak, berlaku di luar kawasan stadium dan luar kawasan bola sepak,” tulis baginda secara sinis menerusi InstaStorynya hari ini.

Dalam ucapan yang sama, baginda mengajak semua pihak untuk bersatu dalam usaha menghentikan tindakan keganasan sambil berseloroh humor dengan membuat tanda pagar yang bertulis ‘ini semua salah TMJ’.

“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti ‘stop violence in football’ (hentikan kegasanan dalam bola sepak),” katanya.

Kredit: KOSMO! ONLINE

Baca:

“Kenapa nak persoal orang taknak tolong?” – Ramai ‘kepanasan’ isu #Blockout2024, kini Aqasha pula bersuara

‘Ada-ada sahaja negara jiran kita, benda ni pun nak salahkan Malaysia, tak boleh ke bersaing secara sihat?’

Komen Leona tentang Azhar Sulaiman cetus reaksi netizen, tidak kongsi pandangan sama