Realtime website trackingweb stats

Terpaksa tidur lokap gara-gara tak bawa ‘barang penting’, pemuda kongsi pengalaman digari polis

Oleh NUR KASIH

Setiap warganegara Malaysia wajib memiliki kad pengenalan yang juga dikenali sebagai MyKad atau IC

Sebagai individu yang bertanggungjawab, adalah penting bagi kita untuk memastikan kad pengenalan ini sentiasa kita bawa ke mana-mana setiap kali kita keluar dari rumah.

Baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Jokercho berkongsi pengalaman beliau yang tertangkap di sebuah pusat membeli-belah di Klang, Selangor kerana beliau tidak membawa kad pengenalan.

“Hari ni aku ada nak kongsi pengalaman empat hari masuk lokap sebab tak bawa IC. Dulu, masa umur aku 16 tahun, IC aku hilang.

“Jadi aku mohon kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka bagi IC sementara, sekeping kertas. Waktu tu umur 16, tengah ligat selalu nak berjalan.

Terpaksa tidur lokap gara-gara tak bawa 'barang penting', pemuda kongsi pengalaman digari polis

“Masa tu nak bawa IC tapi aku takut, makin lama simpan dalam poket, makin ronyok. Jadi aku simpan kat rumah,” ujarnya memulakan cerita.

“Style dulu bila kena tangkap, balik rumah mandi air limau, buang baju yang dipakai di lokap.” – Jokercho.

Menurutnya, apabila sampai ke pusat membeli-belah yang berkenaan, beliau memerhatikan sekumpulan orang termasuk warga asing yang ditahan oleh polis.

Pemuda itu meneruskan perjalanannya seperti biasa, tetapi dipanggil oleh polis untuk diperiksa apabila tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Akhirnya, beliau dirantai bersama dengan individu lain sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Ada polis minta IC, masa tu aku tak bawa IC. Tak banyak cerita, aku kena gari. Member aku lepas dia ada IC. Aku pesan suruh dia beritahu bapa aku.

“Naik trak ramai-ramai pergi balai polis. Masuk tiba-tiba ada orang kenal, orang kampung kat situ. Dia jaga aku dalam tu selama empat hari,” katanya.

Setelah ditahan di lokap, pemuda tersebut mengungkapkan bahawa dia akhirnya dihadapkan di mahkamah sebelum hakim mengenakan hukuman penjara sehari kerana kesalahannya.

“Hakim cakap, ada apa-apa rayuan ke? Kita budak kan masa tu, aku cakap tuan hakim saya janji saya tak buat lagi, lepas ni pergi ke mana-mana saya bawa IC. Dia ketuk tukul, dia kata sehari penjara.

“Orang sebelah cakap jangan risau, sehari penjara duduk penjara mahkamah je. Duduk dalam tu, nanti pukul 4 balik. Duduk situ menunggu,” ceritanya.”

Setelah pulang ke rumah, pemuda tersebut menyatakan bahawa dia juga dimandikan dengan air limau, dan pakaian yang dipakainya juga dibuang oleh ahli keluarganya.

“Style dulu bila kena tangkap, balik rumah mandi air limau, buang baju yang dipakai di lokap. Pergi sembahyang. Itulah kisahnya. Teringat apabila aku buat IC tadi.

“Kepada kawan-kawan yang tiada IC, hati-hati tau. Jangan keluar macam tu saja… disebabkan IC tak ada, boleh kena denda RM2,000 atau penjara sehari. Itu masa tu lah, sekarang tak tahu la,” kata pemuda itu.

Sehingga sekarang, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 penonton dan dibanjiri dengan pelbagai komen dari pengguna internet.

“Lepas tengok video ni terus insaf sebab selama ni pergi mana-mana tak bawa IC.

“Sejak dengar cerita abang, saya terus rajin bawa IC.

“Terima kasih sharing. Ramai tak tahu tentang hukuman ini,” tulis netizen.

Sebagai peringatan bersama, jika seseorang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri semasa disoal siasat oleh pihak polis, itu dianggap sebagai kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990.

Individu yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri mungkin akan ditangkap tanpa waran mengikut peraturan yang sama.

Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih daripada tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

@thejokercho #fypシ゚viral #nodrugsnoalcoholnoganja ♬ bunyi asal – 𝐉𝐎𝐊𝐄𝐑𝐂𝐇𝐎

Baca:

Adik Bella dedah semua ‘pengkhianatan’ Aliff dan keluarga, tak sangka mak mertua dia macam tu

Betul ke solat jenazah kena bayar? Masjid ini trending sebab cas solat jenazah RM1,000

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni