Realtime website trackingweb stats

Jika dijual secara terbuka, apalah guna pemantauan di rumah? Ibu luah kecewa lepas tengok anak hirup ini, tidak bermaksud tutup periuk nasi orang

Oleh HADI KAMARUDIN

Seorang ibu menyuarakan rasa bimbang selepas mendapati ada peniaga yang menjual makanan tidak berkhasiat di luar kawasan sekolah.

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Ain Rosli pada Khamis lalu.

Difahamkan, aktiviti penjualan ini berlaku di sebuah sekolah rendah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu menceritakan bagaimana dia mengetahui tentang penjual luar yang menawarkan makanan seperti itu kepada pelajar sekolah.

“Saya mengambil anak dari sekolah dan menyangka anak beli air cawan, setelah memandu tidak berapa jauh dari sekolah baru saya perasan anak menghirup mi segera menggunakan garfu yang saya sangkakan straw pada mulanya.

Jika dijual secara terbuka, apalah guna pemantauan di rumah? Ibu luah kecewa lepas tengok anak hirup ini, tidak bermaksud tutup periuk nasi orang

“Saya percaya ibu bapa di sini juga ada yang mengamalkan sistem mi segera cheat day (hari mengelat) di rumah, iaitu hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan.

“Jika di depan sekolah peniaga menjual secara terbuka, apalah gunanya pemantauan ibu bapa di rumah?

“Bagaimana pula jika anak membeli tanpa pengetahuan ibu bapa kerana teringin?” soalnya.

Ibu tersebut, bagaimanapun, menjelaskan bahawa hantaran itu tidak berniat untuk menjejaskan rezeki sesiapa, terutamanya peniaga kecil di hadapan sekolah.

Sebaliknya, beliau sangat berharap agar para peniaga lebih mengambil berat tentang kategori makanan yang sesuai dan tidak sesuai untuk dijual kepada kanak-kanak.

“Ini sekadar perkongsian tentang kekecewaan seorang ibu terhadap pemakanan dari luar yang tidak dapat nak dielakkan.

“Saya sangat berharap peniaga dapat membantu dan memahami kami sebagai ibu bapa untuk tidak menjual mi segera depan sekolah.

“Jajan atau makanan ringan masih boleh dipertimbangkan bagi memeriahkan suasana dan memberi kenangan kepada murid sekolah tentang keseronokan membeli gula-gula bersama kawan-kawan.

“Bihun goreng, mi goreng dan lain-lain tidak membawa masalah, asal sahaja bukan mi segera,” pintanya.

Baca:

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

‘Sudah tahap reda, tak nak serabut otak fikirkan kepulangan dia’ – Yusof Haslam

Raja Azura kahwin dengan kerabat? Ini penjelasan tuan badan