Realtime website trackingweb stats

Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!

Oleh NURAIMAN

Sebuah kereta mewah daripada jenama Rolls-Royce yang bernilai kira-kira AS$250,000 (RM1.18 juta) telah diubahsuai menjadi kenderaan polis untuk pasukan polis Pantai Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS), seperti yang dilaporkan oleh akhbar New York Post kelmarin.

Rakaman video menunjukkan bahawa kenderaan mewah tersebut telah dipasang dengan lampu siren dan diiringi oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan (kelengkapan) tambahan yang menakjubkan ini kepada pasukan pengambilan Jabatan Polis Pantai Miami,” ujar jabatan itu menerusi hantaran di platform X.

Walau bagaimanapun, kereta tersebut hanya dipinjamkan kepada jabatan polis oleh syarikat Braman Motors dengan tujuan menarik minat golongan muda untuk menyertai pasukan penguat kuasa.

“Merekrut anggota polis di negara ini hari ini adalah satu perkara yang sukar dilakukan.

Negara kalau dah kaya, Rolls-Royce harga RM1.2 juta pun buat jadi kereta polis je, memang rare!

“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan (rekrut baharu) dengan sangat bagus,” kata Wayne Jones, yang merupakan Ketua Polis Pantai Miami, kepada laman berita WSVN 7 News semasa satu acara promosi di Pantai Selatan pada hari Khamis yang lepas.

Baca:

Proses masak yang minima, resipi kuih getas lembut sungguh menyelerakan, cubalah!

Sebelum pergi hospital, cek dulu sistem pencernaan badan guna kunyit hidup, gosok-gosok je!

Kenapa batang pokok sawit dihiris jadi kepingan kecil? Ini sebabnya, yang penting dapat elak serangan binatang ini