Realtime website trackingweb stats

Jangan sesekali ‘laminate’ geran tanah jika tidak mahu dianggap sebegini, ini senario sering terjadi

Oleh ADINDA

Untuk memastikan dokumen penting kekal selamat, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan.

Zaman dahulu, bekas bola bulu tangkis adalah pilihan utama bagi masyarakat untuk menyimpan dokumen penting seperti geran tanah dan sijil-sijil kerana ia tahan air dan perlindungan terhadap serangga seperti anai-anai.

Dengan perubahan masa dan teknologi baru, ramai orang suka guna ‘laminating’ untuk simpan dokumen lebih selamat.

Tetapi, tahukah anda bahawa kaedah ini tidak boleh digunakan untuk geran tanah.

Peguam Khalil Md Rofiee beritahu melalui perkongsian di laman media sosial, laminasi geran tanah akan buat dokumen tu dianggap rosak/

Jangan sesekali 'laminate' geran tanah jika tidak mahu dianggap sebegini, ini senario sering terjadi

Ini adalah lima situasi biasa yang melibatkan geran tanah:

Geran tanah yang koyak, basah, dimakan anai-anai, atau diconteng dianggap rosak atau ‘total loss’.

Jika rosak, permohonan untuk mendapatkan geran tanah baru mengambil masa kira-kira sebulan.

Geran tanah amat penting untuk urusan jual beli dan harta pusaka selepas kematian pemilik.

Ada kes di mana urusan pusaka sepatutnya selesai dalam dua bulan tetapi terpaksa ditangguh selama hampir setahun kerana geran tanah rosak.

Baca:

Ini rupanya sebab bayi banyak menendang

Tampil ‘mewah’ di Met Gala, pereka fesyen ambil masa 1905 jam siapkan baju Alia Bhatt

Beli bahan mentah secara pukal tapi tak tahu cara penyimpanan betul? Ikuti tips ini untuk kekalkan kesegaran