KUNYIT adalah bahan semulajadi yang terkenal dengan banyak faedah.
Ia tak hanya digunakan dalam masakan, tetapi juga dalam rawatan kecantikan.
Kunyit boleh mencerahkan kulit, menghalang penuaan, kurangkan bintik hitam, dan atasi masalah jerawat.
Pemilik akaun Instagram Almadina Ilham mendedahkan bahawa kunyit boleh membantu seseorang mengetahui kesihatan sistem pencernaan mereka sebelum pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Video ini diberi maklumat oleh seorang pakar perubatan, Dr Zaidul Akbar, melalui hantaran viral.
Anda boleh cuba kaedah ini untuk mengetahui masalah kesihatan sistem pencernaan.
1. Potong kunyit hidup kepada dua bahagian.
2. Gosok bahagian dalam kunyit pada kuku anda beberapa kali.
3. Lap kuku anda dengan tisu atau kain sehingga kering.
4. Jika kuku anda berwarna kuning, itu bermakna sistem pencernaan anda masih baik. Tetapi jika kesan kuning hilang dengan cepat, ini mungkin menandakan masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian.
Dia memberitahu bahawa petua ini telah dicuba oleh beberapa orang yang menghadapi masalah pencernaan, dan ia terbukti berkesan. Jika anda mencuba petua ini dan mengalami masalah, sila temui doktor segera untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
Baca:
Ramai persoal boleh ke KJ jadi pelakon, ini komen Erma Fatima
Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 bukti PM Anwar serius bantu rakyat Palestin
Keadaan semasa tak menentu, Selangor FC sah tidak hadir Piala Sumbangsih 2024