Adakah biasa melihat pokok-pokok ditebang menggunakan jentera jengkaut?
Selepas itu, batang pokok ini akan dibersihkan dan disusun rapi.
Namun, adakah anda pernah melihat jengkaut seolah-olah menghiris batang pokok menjadi kepingan kecil?
Baru-baru ini, satu klip yang dimuat naik oleh seorang pemuda di platform X telah menunjukkan proses tersebut dan menimbulkan pelbagai persoalan.
Dalam video yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun X @stargazedkhai, terlihat batang pokok kelapa sawit dipotong menjadi kepingan kecil.
Sebenarnya, kaedah ini dikenali sebagai kaedah ‘chipping bucket’ seperti yang ditunjukkan dalam klip tersebut.
Kaedah ini bertujuan untuk mencegah kumbang daripada membiak dan merosakkan anak pokok kelapa sawit semasa proses penanaman semula dilakukan.
“Untuk pengetahuan semua, ni chipping (kaedah) untuk pokok sawit supaya kumbang tidak membiak dan makan anak pokok semasa replanting,” tulisnya.
Proses pemotongan yang dikenali sebagai “Chipping Bucket” bertujuan untuk mengurangkan saiz batang dan dahan kelapa sawit agar proses reput berlaku dengan lebih cepat.
Kelebihan lain termasuk mencegah haiwan perosak dan penyakit daripada membiak di bahagian pokok yang telah ditebang.
Menurut Oil Palm Pal, sebarang pokok kelapa sawit yang sudah tua dan tidak lagi diperlukan akan ditebang.
Walau bagaimanapun, proses ini melibatkan akar pokok yang perlu dilakukan dengan teliti.
Tindakan ini diperlukan kerana pokok sawit yang baru ditanam berisiko terkena serangan serangga perosak jika akar pokok lama masih ada.
Selepas itu, pokok yang telah ditebang akan dipotong menjadi kepingan kecil dan dijemur di bawah sinaran matahari.
Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), pokok kelapa sawit sering kali dijangkiti oleh pelbagai jenis makhluk perosak sejak awal penanaman.
Kebiasaannya, penyebab utama ini adalah dua kategori perosak, iaitu serangga dan haiwan mamalia.
Contoh perosak serangga termasuklah kumbang kaboi, kumbang, badak, anai-anai dan belalang, manakala perosak haiwan mamalia pula adalah tikus, landak, babi hutan, monyet dan gajah.
Baca:
Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya
Isu kasino di Forest City, wartawan Bloomberg hadir beri keterangan