Setiap kali kita masuk ke dapur untuk memasak, pasti ada beberapa bahan yang selalu digunakan seperti santan, minyak, sayur-sayuran, dan lain-lain lagi.
Bawang juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting dalam kebanyakan masakan.
Namun, banyak di antara kita sering menghindari untuk mengupas bawang, terutama bawang merah, kerana ia dapat membuat mata terasa pedih sehingga boleh mengalirkan air mata.
Adakah anda tahu bahawa sebenarnya terdapat kaedah yang mudah untuk mengupas kulit bawang tanpa perlu mengalami kepedihan mata yang kurang menyenangkan?
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara mengupas kulit bawang dengan mudah yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok @awangdapur di bawah.
Menurut pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Awang, kulit bawang merah yang biasa kita kupas cenderung pecah (hancur) dan terkoyak dengan mudah.
Cara-caranya:
Masukkan bawang merah ke dalam wadah atau mangkuk. Pastikan bekas yang dipilih tahan suhu tinggi.
Masukkan air panas ke dalam bekas bawang tadi dan biarkan selama beberapa minit. Pastikan bawang benar-benar tenggelam dalam air panas.
Ambil bawang dan mulakan proses mengupas.
Potong hujung dan pangkal bawang. Kemudian, kupas seperti yang biasa.
Semasa anda mengupas bawang, anda akan dapati bahawa kulitnya akan terkeluar dengan mudah hanya dengan satu tarikan, berbeza dengan pengalaman sebelum ini di mana kulitnya cenderung untuk pecah dengan cepat.
Semoga info ini berguna untuk anda.
@awangdapur Replying to @Sebuahnoktah Tips kupas bawang merah Siap! #awangdapur #barangdapur #resepi #tipsdapur #tipsmasak
Baca:
Hot FM anjur solat hajat untuk Faisal Halim, semua dijemput hadir
“Ada yang panas tapi bukan api” – Netizen minta Aiman Hakim padam gambar dengan isteri
Selepas Akhyar & Faisal, kini giliran Safiq Rahim pula ‘diserang’