Jimat Duit, Ini Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah.
Zaman sekarang, kebanyakan rumah kena ada aircond. Macam wajib ada aircond, terutamanya dengan cuaca panas di Malaysia yang sangat terik, walaupun kita tak berjemur di bawah matahari.
Tapi sekarang ni, tiba-tiba je aircond rumah tak sejuk walaupun dah set suhu paling rendah.
Geram gila lah bila jadi macam tu, sampai rasa nak tukar aircond baru.
Tapi, kenapa nak tukar baru kalau sebenarnya kita boleh buat aircond kita macam “baru” semula? Banyak orang lupa yang aircond kena dibersihkan atau diservis secara berkala.
Tak perlu susah-susah nak cari orang untuk servis aircond kita, kita sendiri boleh bersihkan aircond di rumah.
Oleh itu, hari ini, kami ingin berkongsi cara untuk menyervis aircond sendiri di rumah yang telah dikongsi oleh seseorang pengguna Facebook melalui halaman Facebook mereka (@Khairul Azwan Abd Aziz).
Cara servis aircond sendiri di rumah
langkah 1
Pertama sekali, pastikan anda menutup suis aircond. Selepas itu, buka penapis udara serta penutup penapis dan kumparan penyejuk di bahagian kiri dan kanan. Tarik ke atas dengan perlahan-lahan.
Kemudian, buka skru yang terdapat di kiri dan kanan penutup aircond, selepas itu, buka penutup aircond dengan menariknya dari bahagian atas penutup.
Tolak penutup aircond ke atas, dan selepas itu tarik ke arah anda.
Langkah 2
Kemudian, korang perlu membuka flap angin yang berayun di bahagian tengah terlebih dahulu dengan mendorong flap menggunakan kaki ke belakang sehingga ia keluar daripada pemegangnya.
Selepas itu, perlahan-lahan tarik keluar kaki flap sebelah kiri sebelum mengeluarkan flap dari motor flap sebelah kanan.
Langkah 3
Selepas tugas itu selesai, periksalah coil penyejuk. Jika korang dapati terdapat litar penderia suhu bilik, cabutlah terlebih dahulu dari coil penyejuk untuk memudahkan proses membersihkan coil penyejuk itu.
Langkah 4
Kemudian, korang perlu membuka flap angin yang boleh diatur bagi mengalirkan udara ke kiri dan ke kanan.
Cara membuka flap angin ini berbeza bergantung kepada jenama aircond yang digunakan.
Jika menggunakan jenama Sharp, korang boleh membuka flap dengan mendorong setiap klip ke atas. Sekiranya aircond anda jenama lain, boleh Google dulu sebelum buat.
Benda tu mudah patah, jadi perlu berhati-hati.
Langkah 5
Sekarang, kita akan tengok betapa berhabuknya aircond korang. Debu yang semakin banyak adalah sebab aircond jadi lambat.
Yang perlu kalian lakukan hanyalah membersihkan kipas aircond sehingga bersih.
Jika terlalu kotor, gunakan pencuci khas untuk aircond.
Ingat, jangan terlalu kuat menekan sirip cooling coil semasa membersihkan kipas.
Pembersihan kipas aircond harus dilakukan dengan hati-hati. Kalau menggunakan berus, pastikan sikatkan berus ke atas dan ke bawah mengikut jalur sirip.
Jika menggunakan pencuci khas aircond, sembur dan biarkan ia bersihkan segala kotoran sebelum menyembur kipas dengan air.
Setelah kipas aircond bersih, cuba hidupkan untuk uji kuasa anginnya. Jika masih lemah, teruskan membersihkan kipas sehingga bersih.
Kalau kipas aircond sudah bersih, angin akan kuat semula seperti “aircond baru”.
Langkah 6
Setelah itu, pastikan kamu memasang kembali aircond dengan urutan yang sama saat membukanya tadi.
Pasang flap kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum memasang flap swing atas dan bawah, dan kemudian pasang casing aircond.
Pastikan casing masuk dengan rapat sebelum menggunakan skru. Setelah itu, pasang kembali penutup filter dengan cara menekannya.
Itulah cara sederhana untuk melakukan servis aircond sendiri di rumah. Semoga berguna dan jangan ragu untuk mencobanya.
Baca:
Hot FM anjur solat hajat untuk Faisal Halim, semua dijemput hadir
“Ada yang panas tapi bukan api” – Netizen minta Aiman Hakim padam gambar dengan isteri
Selepas Akhyar & Faisal, kini giliran Safiq Rahim pula ‘diserang’