Realtime website trackingweb stats

Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon Afifah Nasir telah menamatkan zaman bujangnya pada petang Ahad yang lepas.

Afifah dan Hariz kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz sahaja.

Dalam kenyataan terkini, Afifah menyatakan bahawa segala persiapan untuk majlis perkahwinannya berjalan lancar.

Beliau menyatakan bahawa semua impian telah tercapai kecuali untuk mengundang penyanyi Indonesia, iaitu Judika, untuk menyertai majlis tersebut.

Afifah berkongsi perkara ini melalui tangkap layar di akaun Instagramnya yang menunjukkan pemberitahuan bahawa Judika tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya

“Semua yang saya mahu untuk majlis perkahwinan baru-baru ini, saya dapat dengan mudah kecuali nak bawa Judika datang. Judika tak dapat datang atas beberapa sebab. Saya tak boleh kongsi di sini. Apapun dia (Judika) tetap terbaik.”

Untuk makluman, Afifah dan Syed Hariz telah berkahwin pada 5 Mei yang lalu selepas mengikat pertunangan selama empat bulan sejak Februari yang lepas.

Majlis berjalan lancar tapi Afifah Nasir kecewa dengan Judika? Rupanya ini sebabnya

Baca:

Hot FM anjur solat hajat untuk Faisal Halim, semua dijemput hadir

“Ada yang panas tapi bukan api” – Netizen minta Aiman Hakim padam gambar dengan isteri

Selepas Akhyar & Faisal, kini giliran Safiq Rahim pula ‘diserang’