Datuk Hamidin Mohd Amin, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), merasa kesal dengan insiden yang menimpa Faisal Halim akibat terkena cecair asid di sebuah pusat membeli-belah pada hari Ahad yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa Faisal mengalami kecederaan pada tangan kiri dan bahagian badan sebelah kiri akibat kejadian tersebut, dan beliau berharap agar Faisal dapat menghadapi ujian ini dengan tabah.
“Keadaan dia cukup saya katakan menyedihkan tapi saya berharap Faisal, isteri dan keluarga akan tabah akan dugaan ini. Bahagian kaki dia nampak baik tiada apa-apa. Bahagian tangan kiri badan belah kiri rusuk dan bahu yang tercedera.
“Saya katakan kepada dia agar melupakan seketika bola sepak dalam tempoh beberapa bulan yang mendatang untuk dia sembuh sepenuhnya daripada asid yang terkena badannya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Faisal di hospital pada Ahad.
Dalam kenyataan lain, beliau juga menyatakan perasaan sedih terhadap insiden yang menimpa pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid yang disamun pada hari Khamis yang lalu.
“Sama-sama kita seluruh penyokong bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia mendoakan semoga Akhyar dan Faisal cepat sembuh dan kembali dapat beraksi.
“FAM juga berharap supaya individu-individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya.
Baca:
Bergelut dengan cuaca panas terik di Kelantan, individu terpaksa gali lumpur & buang selut
Lagi kes babitkan pemain bola, Faisal Halim disimbah asid ketika main ‘go cart’