Realtime website trackingweb stats

Tanpa bahan kimia, usir tikus dengan bahan ‘herba’ ini

Oleh NUR KASIH

Keberadaan tikus di dalam rumah sering menjadi masalah yang mengganggu.

Punca tikus bersarang di rumah boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang perlu diperhatikan oleh setiap pemilik rumah.

Mengenal pasti punca-punca ini adalah langkah penting untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi mengawal masalah tikus di rumah.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jesep Ardin berkongsi kaedah yang digunakannya untuk menghalau kesemua tikus dari kediaman menerusi satu hantaran tular di laman sosial.

Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan oleh Jesep Ardin untuk menghalau tikus:

Tanpa bahan kimia usir tikus dengan bahan herba ini

1. Ambil segenggam cengkih.

2. Letakkan cengkih dalam bekas terpakai.

3. Dalam bekas yang sama, tambahkan kapur barus yang sudah dihancurkan.

4. Campurkan beberapa titis minyak kayu putih ke dalam campuran tersebut dan kacau sehingga sebati.

5. Letakkan bekas berisi campuran tersebut di tempat yang disyaki menjadi laluan atau sarang tikus.

Baca:

Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini