Ramai kaum ibu hari ini sibuk dengan kerja selain seolah-olah mengalami sindrom ‘M’
Tips untuk ibu sibuk dan ada sindrom ‘M’ untuk memasak dan tidak sempat ke pasar setiap hari.
Hari ini saya masak rendang ayam, sayur lemak putih, senanglah sangat, sekejap je kat dapur.
Selalunya, malas masak sebab malas nak sediakan dan siang-siang bahan, kan
Jadi, saya dah dapat cara mengatasi masalah ini:
Beli bawang-bawang yang dah kupas kulit. Stok je kat chiller. Senang bila nak pakai ambil je.
Halia, kunyit, lengkuas beli terus sekilo. Kupaslah kulitnya. Cuci bersih. Potong kecil-kecil.
Bekukan dalam pack pack kecil. Senangnya nak masak ambil saja dari frozen terus masuk dalam periuk, tak payah cuci dah.
Saya senyum je sekarang nak masak singgang ke, masak ayam ke, lemak cili padi ke. Senang sangat
Tempe, serai, daun kunyit, daun limau purut, daun kari, cili padi, pandan, bunga kantan, kesum (sekiranya tiada di keliling rumah ya).
Semua daun ni beli banyak, bekukan. Aduh, senang dah nak pakai masak. Ambil serai tu, basuh, ketuk, masuk periuk.
Ini lagi satu idea. Sayur semua cepat layu, kan. Tiga hari dah layu dalam chiller. Saya pun beli bunga kobis, brokoli, kobis, baby kailan, sawi, buncis, cili besar, cili hijau, capsicum, daun sup, daun kucai, daun bawang.
Cuci bersih semua. Hiris siap-siap. Pack pack kan kecil-kecil. Masuk frozen terus. Nak masak tak payah cuci dah. Dari frozen terus ke kuali.
Hari-hari masak sayur dengan muka senyum je. Best sangat.
Ayam, ikan, udang, sotong saya tak siang. Pack pack kan saja untuk sekali masak dan frozen kan.
Biasanya sebelum tidur, dah letak dah ayam frozen tu kat sinki. Pagi ais dah cair terus masak je. Bahagia kat dapur.
Hanya taugeh dan buah tomato saya tiada idea nak buat macam mana. Lambat dimasak, rosaklah dia dalam chiller.
Baca:
“Saya boleh…” – Orang besar MIG kongsi pengalaman sihir
Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang