Realtime website trackingweb stats

Cara betulkan skrin TV yang rosak, tak sangka guna cebisan beg plastik ‘tapaw’ makanan tu saja

Oleh NURAIMAN

Tak perlu beli TV yang baru sekiranya skrin televisyen anda tiba-tiba muncul berbalam-balam, gelap dan separuh-separuh.

Kalau hantar ke kedai pun, belum tentu mereka akan baiki. Biasanya, kita akan disuruh beli TV baharu.

Padahal bukan keseluruhan TV itu yang rosak, hanya part tertentu saja yang bermasalah.

Kalau beli baru pun sekurang-kurangnya RM1,600 melayang.

Jom ikuti cara mudah betulkan skrin TV demi mengelak ribuan ringgit ‘hangus’.

Cara betulkan skrin TV yang rosak, tak sangka guna cebisan beg plastik 'tapaw' makanan tu saja

Dia sendiri cuba dan cuba lagi sehingga lebih 20 kali baru TV miliknya pulih seperti biasa:

1. Buka cover belakang TV

2. Buka mana-mana riben.

3. Letak secebis plastik yang biasa bungkus makanan itu.

4. Cuba buat pada riben pertama kemudian riben kedua.

5. Cuba kecilkan lagi saiz plastik itu.

Cuba dan cuba lagi sebab ‘point’ masalah pada skrin TV itu memang pada riben tersebut.

Cubalah! Alhamdulillah. TV seperti sediakala. Jimat duit!

@abusigatlily

Cara betulkan screen TV yang rosak. #tvrosak #repairtv #diyrepairtv #screentvrosak #repairtvscreen #tvscreendamage #tvdamage #tvscreenspoilt #spoilttv #tiktok #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #fyp #beranda #repairtvrosak #cararepairtvscreenrosak #carajimatrepairtv #tv #lgtv #mcgyver

♬ original sound – abusigatlily – abusigatlily

Baca:

“Saya boleh…” – Orang besar MIG kongsi pengalaman sihir

Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang

Sedap makan dengan nasi, rendang maman rupanya ada khasiat, hebat orang Nismilan manfaatkan sayur pahit