Realtime website trackingweb stats

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Oleh NUR KASIH

Kenaikan gaji melebihi 13 peratus yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan Hari Pekerja pada hari Rabu telah menyebabkan kegembiraan di kalangan pekerja kerajaan.

Namun, walaupun terdapat kegembiraan tersebut, terdapat juga individu yang berasa kurang gembira dan merasa cemburu dengan peningkatan gaji yang akan berkuat kuasa mulai Disember tahun ini.

Guru-guru menjadi sasaran utama kerana mereka merupakan sebahagian daripada pekerja kerajaan yang terbanyak, menjadikan kredibiliti dan profesion mereka dipertikaikan.

“Untung betul jadi cikgu. Kerja separuh hari, petang boleh relaks dekat rumah. Cuti banyak, tak termasuk CRK (cuti rehat khas) lagi.

“Tak ada syif, itu pun sesi pagi sesi petang je. Tiba-tiba hari ni dengar gaji pula naik. Kami bayar cukai memang untuk kayakan korang pun,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman X, pada Rabu.

Siap bangkit masa kerja separuh hari ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Ciapnya itu menyebabkan ramai orang, terutamanya guru-guru dalam kalangan kakitangan awam, marah dan mengutuknya.

Pemuda tersebut yang mengaku sebagai seorang guru turut meminta maaf atas perkongsian yang dianggap bersenda gurau yang berbaur sindiran (sarcasm).

“Saya juga seorang guru. Saya ingin meminta maaf atas kesilapan post saya yang asalnya ingin sarcasm tentang kenaikan gaji guru.

“Post tersebut hanya gurauan. Saya janji saya tidak akan mengulangi perkara tersebut. Sebenarnya post tersebut hanya sarcasm bagi pihak yang post tentang kenaikan gaji guru.

“Saya hanya post balik sahaja. Tapi ada beberapa pihak screenshot dan memuat naik di Facebook menyebabkan ramai orang salah faham,” katanya, pada lewat malam Rabu.

Semakan menunjukkan bahawa perkara yang viral itu sudah dinyahaktifkan, tetapi mendapat pelbagai respons daripada pengguna internet.

Siap bangkit masa kerja separuh hari ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

“Hati-hati nak keluarkan kenyataan. Apabila (anda) seorang guru maka bercakaplah dengan watak seorang guru, jangan sampai memalukan golongan dan kerjaya guru. Bergurau biar kena dengan gaya dan tuturnya.

“Mungkin awak merupakan contoh guru yang tak layak naik gaji. Apa punya perangai cikgu buat macam tu?” demikian antara komen netizen.

“Apabila (anda) seorang guru maka bercakaplah dengan watak seorang guru, jangan sampai memalukan golongan dan kerjaya guru.” – Netizen.

Tanpa menyebutkan perkara yang menjadi perbualan umum, personaliti media sosial, Mohd Fadli Salleh di Facebook berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi guru sebelum ini.

“Cerita bab cuti ni, perlu faham juga, cuti sekolah bukan hak guru sepenuhnya. Boleh dipanggil bertugas bila-bila masa. Contoh mudah saya bagitahu, cuti akhir tahun yang anak-anak kita cuti sebulan itu.

“Seminggu awal cuti cikgu masih di sekolah, seminggu sebelum buka cikgu dah masuk sekolah meeting persediaan pembukaan sekolah, kemas kelas dan sebagainya. jadi, dari empat minggu, hanya dua minggu sahaja cutinya.

“Guru juga merupakan penjawat awam yang paling banyak tugas sampingan, bekerja lebih masa tanpa dapat claim OT pun,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli.

Siap bangkit masa kerja separuh hari ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Dia mengatakan bahawa ramai orang melihat guru bekerja separuh hari, tetapi sebenarnya mereka membawa pulang buku-buku murid, menanda, dan membuat persediaan untuk pembelajaran di rumah.

“Juga setiap petang ada guru melatih murid sukan, latih murid koir, lakonan, tarian, choral speaking dan sebagainya. Cuti hujung minggu ramai juga guru buat kelas tambahan.

“Orang cuti, dia ke sekolah lagi. Bawa budak berkhemah waktu cuti sekolah, cikgu kena jaga murid 24 jam sehari.

“Jaga keselamatan, jaga keselesaan, masak semua untuk murid-murid. Tiada gaji tambahan pun,” katanya sambil menambah setiap pekerjaan ada tekanan dan cabaran tersendiri tanpa perlu dibuat perbandingan antara satu sama lain.

Baca:

Umur 40 tahun dah kaya tak perlu kerja, ustaz ini kongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang

Sedap makan dengan nasi, rendang maman rupanya ada khasiat, hebat orang Nismilan manfaatkan sayur pahit

Tular ‘tattoo’ di tangan, ini jawapan Ameera Khan