Terungkai dah ‘misteri’ dalam hidup, ini cara mudah elak hos atau kabel berbelit
Mungkin sebelum ini hidup anda diselubungi ‘misteri’ apabila hos atau kabel yang panjang asyik berbelit.
Dah jadi satu kerja pula membetulkan belitan itu. Masa pun terbuang.
Sebenarnya, ada cara mudah untuk memastikan gulungan hos atau kabel elok bergulung tanpa berbelit.
Ikuti tutorial oleh Rahmat Padil ini berkenaan cara gulung hos atau kabel supaya kalau lempar pun tak berbelit.
Langkahnya mudah saja. Semasa proses menggulung itu, gulung ke depan macam biasa kemudian gulung ke belakang.
Lakukan gulungan ke depan dan ke belakang ini berselang seli.
Selamat mencuba.
@duokino125 Cara gulung hos atau kabel supaya kalau lempar pun tak berbelit
Baca:
Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting