Bersyukur menjadi insan yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Wan Maimunah, juga dikenali sebagai Wan Maimunah Wan Abdul Aziz yang berusia 70 tahun, terkejut apabila dia menyedari bahawa dia dipilih menjadi tetamu Allah tahun ini, walaupun pada mulanya dia fikir ia adalah panggilan palsu daripada scammer.
“Memang terkejut hanya Allah je yang tahu perasaan saya apabila terpilih tetamu-Nya.
“Itu yang saya awalnya saya ‘meraung’, ingatkan scammner yang hubungi saya. Tetapi ternyata rezeki saya tahun ini,” kata Wan ketika dihubungi mStar.
Dengan hati yang sebak, Wan Maimunah berkongsi kegembiraannya kerana impian untuk pergi ke Tanah Suci akan menjadi kenyataan.
Dia merasakan syukur yang mendalam kerana doa yang dihajatinya semasa mengerjakan umrah dua tahun yang lalu telah dimakbulkan oleh Allah.
Pelakon yang selalu mesra disapa sebagai ibu, dia selalu berdoa agar dapat melaksanakan rukun Islam yang kelima sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Waktu umrah yang lalu (Disember 2022), semua pergi ziarah tapi saya tak pergi sebab tak puas duduk di dataran Kaabah. Saya menghadap Multazam dari pukul 9 pagi sampai solat Zohor.
“Selalu kalau berdoa seolah bercakap dengan Allah, saya menangis tak tahu macam mana boleh terkeluar dari mulut saya tapi Dia Maha Segala-galanya.
“Saya berdoa, Ya Allah aku merayu kalau dah sampai masa ambil nyawa aku sekarang, jangan ambil dulu biarlah aku tunaikan rukun Islam kelima. Allah maha besar dan dengar doa saya,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Wan Maimunah menolak dakwaan bahawa dia pergi menunaikan ibadah haji dengan dibiayai oleh orang lain.
Sebaliknya, dia menggunakan wang yang dia usahakan sendiri.
Tambahan pula, Wan juga meninggalkan pesanan bahawa jika dia tidak kembali, dia berharap agar sesiapa yang mengenali dirinya mendoakan kebaikan baginya.
“Pergi dengan hasil titik peluh saya dan bukannya tajaan mana-mana pihak.
“Kalau pergi saya tak kembali, saya bersyukur dan mohon kepada sesiapa yang mengenali diri saya, cukuplah sekadar sedekahkan surah al-Ikhlas buat saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, pelakon yang terkenal dengan drama emosional ini dijangka akan pergi ke Tanah Suci pada 10 Mei akan datang.
Baca:
Caprice nak jumpa depan-depan lelaki ini, apa kes tu?
Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan
Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam