Sebelum ini, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah mengundang kemarahan warganet apabila memuat naik sebuah video sempena hari raya yang menunjukkan penari yang berpakaian pelik dan berkelakuan kurang sopan.
Tindakan tersebut telah menyebabkan ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim, menegur anaknya itu kerana dianggap telah melampaui batas melalui akaun Instagramnya.
Terkini, Aliff telah membuat keputusan untuk memadam video raya tersebut dari semua laman media yang telah dia kongsi, dan dia meminta maaf jika ramai yang merasa terganggu dengan video tersebut.
Tidak hanya itu, Aliff juga mengaku9 berasa sedih apabila ramai yang memberikan respons negatif mengenai lagu raya terbarunya.
“Memang saya kecil hati. Saya dah buat susah-susah, saya dah bayar puluhan ribu untuk penari, videographer semua..”
Aliff juga mengatakan dia berasa sedih melihat komen-komen negatif itu walaupun masih ada banyak lagi video aneh lain yang tidak mendapat kritikan.
Baca: