Berang dengan genosid yang berlaku di Palestin, rakyat di Pakistan merusuh dan membakar KFC di Mirpur, Kashmir.
Lapor portal berita MailOnline, restoran makanan segera popular itu dibakar oleh kumpulan perusuh ketika huru-hara merebak di jalan-jalan sekitarnya.
Aksi unjuk rasa itu kemudian disuraikan pasukan polis dengan melepaskan gas pemedih mata.
Imej yang tersebar di media sosial menunjukkan tingkap cawangan restoran itu pecah di tengah-tengah laporan terdapat insiden tembakan.
Video berasingan pula menunjukkan bangunan KFC itu dijilat api.
Seorang bapa kepada tiga anak warga Britain yang sedang bercuti di Mirpur berkata, dia berjalan kaki untuk mendapatkan makanan bersama keluarganya apabila menyaksikan protes berlaku.
Dia menyifatkan demonstrasi itu sebagai ‘sangat agresif dan menakutkan’.
Malah, lelaki warga asing itu menganggap ‘polis tidak berguna’ kerana ramai orang yang terlibat.
Motif di sebalik rusuhan tidak jelas tetapi pelancong itu dilapor berkata, orang ramai marah dan menuduh KFC menyokong Israel ketika perang di Gaza berterusan.
Baca:
Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!
Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul