Realtime website trackingweb stats

Wajib cuba resipi puding sumi kastard sebagai ‘dessert’ pagi raya

Oleh NUR KASIH

Untuk anda yang minat makanan manis atau pencuci mulut, setiap kali selepas berbuka puasa pasti akan ada hidangan manis ini di atas meja.

Kadang-kadang rasa bosan juga bila asyik makan pencuci mulut yang sama, kan?

Jadi, apa kata cuba buat puding sumi kastard kali ini?

Wajib cuba resipi puding sumi kastard sebagai 'dessert' pagi raya

Puding ini sangat disukai oleh kanak-kanak kerana mudah dimakan dan sedap.

Selain digunakan sebagai pencuci mulut selepas berbuka, anda juga boleh membuat puding sumi ini untuk tetamu yang datang semasa Hari Raya.

Ia pasti akan memberikan sentuhan yang unik kepada hidangan anda!

Bahan-bahannya:

– Agar-agar tali 20 gram – rendam 10 minit
– Air 3 tin
– Susu pekat setengah tin
– Susu cair 1 tin
– Tepung kastard 2 sudu besar tambah air setengah cawan
– Garam secubit
– Sumi

Cara-caranya:

1. Masak agar-agar sehingga ia betul-betul larut.

2. Selepas itu, tambahkan susu pekat, susu cair, sedikit garam, dan tepung kastard.

3. Gaulkan sehingga sebati selama 5 minit dan tunggu sehingga ia mendidih, kemudian matikan api.

4. Tuangkan campuran ke dalam acuan masing-masing.

5. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan siap untuk dinikmati!

Memang nikmat apabila dimakan sejuk-sejuk lepas berbuka puasa!

Selamat mencuba!

Baca:

Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul

Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap

“100% ori…” – Netizen mengucap panjang tonton MV raya Aliff Syukri, gila ‘glamour’ tiap kali Ramadan