Setelah lebih seminggu berlalu, individu yang mengaku sebagai pemilik beg berisi RM500,000 yang ditemui di pusat membeli-belah di Damansara akhirnya datang untuk memberi keterangan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memberitahu Buletin TV3 bahawa polis telah merakam keterangan selama lebih sejam selepas lelaki tersebut mengunjungi Balai Polis Damansara sekitar jam 5 petang kelmarin.
Dalam penjelasannya, lelaki yang merupakan pengarah syarikat kayu balak itu mengatakan dia tidak menyedari bahawa beg yang berisi wang yang diambil dari rumah rakan di pusat beli-belah Damansara itu tidak dimasukkan ke dalam keretanya.
“Bagasi (yang mengandungi wang) itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang itu selepas dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.
“Dia perasan dia dah bawa masuk bagasi tu, dengan sebuah lagi beg ke dalam kereta lalu dia terus balik ke rumah dan tinggalkan bagasi itu semalaman.
“Keesokan hari bila dia nak ambil bagasi berisi wang itu baru dia dapati bagasi tersebut tidak ada dalam keretanya,” katanya.
Walaupun dia datang, orang itu tidak ada bawa sebarang bukti yang menunjukkan duit tu memang milik syarikatnya.
Penyiasatan terhadap dakwaan tersebut masih diteruskan.
“Prosedur dia lepas ini dia kena datang untuk bagi keterangan lanjut, macam mana dia dapat sumber duit itu.”
Pada 20 Mac yang lepas, seorang pengawal keselamatan menemui sebuah bagasi berisi wang tunai sebanyak RM500,000 yang ditinggalkan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara.
Hingga kini, hanya seorang individu yang datang dan mendakwa bahawa beg tersebut berisi wang miliknya.
Baca:
Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500
Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu
Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta