Labu masak lemak ni tak hanya sedap tapi juga gulai paling mudah untuk disediakan.
Kalau buat hidangan ni, tak perlu buat banyak lauk, yang paling sedap adalah dihidangkan bersama ikan goreng.
Kalau tambah sambal belacan, bolehlah makan sampai dua pinggan nasi.
Untuk sesiapa yang belum mencuba, anda boleh mencuba mengikuti resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha.
Hanya ada tiga bahan sahaja untuk membuat hidangan masak lemak ini.
Anda tidak perlu menggunakan cili atau bawang.
Bahan-bahan:
• Labu (buang kulit dan potong)
• Daun kunyit
• Kelapa parut – perah santannya (jangan kedekut santan).
Cara membuat:
1. Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit, dan santan.
2. Gaulkan bahan-bahan sehingga santan dan labu masak.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Sudah siap!
5. Anda boleh makan dengan ikan goreng atau ikan kering.
Kombinasi yang sempurna.
Selamat mencuba.
Baca:
Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan
Air balang dengan harga RM1 ‘licin’ setiap hari
‘Misteri’ parcel hilang dah tahu punca, ini sebabnya mak bapak diminta libas anak pakai ‘hanger’