Realtime website trackingweb stats

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Selepas viral kisahnya menjual burger homemade dari meja ke meja dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, Faiz mengaku dia tak cukup tidur.

Menerusi TikTok dikongsikan Abang Mulladi, Faiz atau mesra disapa Aisy memberitahu dia mula keluar menjual pada waktu petang.

“Terharu melihat @Aisy Burger Homemade sangat gembira selepas burgernya viral. Banyak kepahitan telah dilalui.

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini

“Dengan doa dan bantuan kalian semoga beliau berjaya. Semoga Allah memberkati bisnes Aisy.

“Semoga beliau menjadi usahawan yang berjaya. Esok beliau akan bersiaran di radio lupa pulak namanya tadi,” tulis Abang Mulladi.

Untuk rekod, Aisy berjualan dari meja ke meja di sekitar kawasan Jalan Raja Bot di ibu negara.

Rakaman itu juga kemudiannya menyaksikan Aisy menerima panggilan telefon daripada pelanggan yang datang dari Ampang, Selangor.

Pelanggan itu memberitahu, dia dapat tahu jualan Faiz pun dari TikTok.

Rata-rata respon menerusi video yang dimuat naik itu memuji penjual muda yang ada menganggap wajahnya iras Wahid Senario semasa muda.

“Burger dia sedap serius tak tipu.

“Kita sedang menyaksikan titik permulaan bakal usahawan berjaya.

“Bagusnye Aisy ni. Berniaga penuh dengan keihklasan dan peramah, mudah senyum.

“Semoga Aisy dimurahkan rezeki dan sentiasa dikurniakan kesihatan serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

“Saya pernah jumpa abang ini dan beli burgernya dekat HKL tengah-tengah malam.

“Cara cakap, cara gelak dan cara layan pelanggan pun dah nampak bro Aisy ni akan jadi businessman berjaya satu hari nanti,” demikian antara pujian warganet.

@abgmuliadi Saya terharu melihat @Aisy Burger Homemade sangat gembira selepas burgernya viral. Banyak kepahitan telah dilalui. Dengan doa dan bantuan kalian semoga beliau berjaya. Semoga Allah memberkati business Aisy. semoga beliau menjadi usahawan yang berjaya. Esok beliau akan bersiaran di radio lupa pulak namanya tadi 😂 #ramadhan2024 #kualalumpur #burger #bazarramadan #burgerhomemade #hidupnikeras ♬ Sad and lonely – MoppySound

Baca:

Puluhan tahun hidup sebatang kara, tak sangka jumlah wang disimpan pengemis ini buat mata terbeliak

Masalah air lenyap lagi 4 tahun, ini usaha kerajaan negeri Kelantan termasuk minta PM Anwar tolong

Harga hampir RM400,000 tapi Sanusi anggap tak mahal sangat pun – Netizen banding dengan kereta MB Selangor guna