Cerek merupakan salah satu perkakas dapur yang kita gunakan setiap hari.
Tetapi, terdapat masa di mana cerek elektrik yang terbuat daripada plastik.
Apabila digunakan terlalu lama, akan menghasilkan kesan karat air yang tidak menyenangkan.
Walaupun kita membersihkannya dengan sabun, kesan tersebut masih ada dan tidak dapat dibersihkan sepenuhnya.
Ada tip yang boleh cuba untuk atasi masalah ini.
Kaedah ini guna bahan yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya.
CARA BERSIH KESAN KARAT AIR PADA CEREK
BAHAN-BAHAN:
– Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
– Cuka makan – jumlahnya 2/3 jumlah air
CARA-CARA:
1. Campurkan air bersama cuka. Kacau sebati.
2. Masukkan air yang dicampur dengan cuka tadi ke dalam cerek elektrik, didihkan dan biarkan semalaman.
3. Selepas itu, basuh dan sental guna span lembut di bahagian yang ada karat air.
4. Bilas menggunakan air bersihdan keringkan. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih dari biasa.
ATAU anda juga boleh gunakan buah lemon! Caranya sama seperti yang menggunakan cuka tadi.
BAHAN-BAHAN:
– Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
– 1 biji lemon – hiris
CARA-CARA:
1. Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.
2. Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.
3. Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.
4. Hasilnya cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.
Selamat mencuba!
Baca:
Rita Rudaini nafi halang anak jumpa ayah kandung meskipun jasa Aidil cuma bagi benih saja
Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami