Walaupun pernah diingatkan tentang kisah sebenar di sebalik foto ini empat tahun lalu, tetapi masih ada lagi tergamak guna imej itu sebagai bahan lawak.
Padahal, lelaki itu menangis mengenangkan nasib lima anaknya yang terkorban semasa tragedi tsunami pada 2004.
Ikuti penjelasan Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail yang berharap semua rakyat Malaysia untuk berhenti menggunakan gambar tersebut sebagai ‘meme’:
Gurauan?
Ya, saya tidak menolak gurauan, berguraulah tetapi bersederhanalah dengan gurauan kita.
Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan di atas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.
Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, P.Pinang.
Kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa tsunami pada tahun 2004.
Dalam tragedi itu, saudara Zul kehilangan 5 anak anaknya sekaligus termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5.
Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.
Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau.
Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa, dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu.
Justeru, saya nasihatkan kita seelok-eloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.
Baca:
“Banyak sekolah cina yang …” – Terbeliak biji mata tengok angka tajaan ibu bapa demi anak-anak
Askar dayus ‘lempang’ isteri sehingga dengar bunyi dentuman
Sendiri buat onar, sendiri koyak! Fatiya Latiff ugut keluar agama, tak tahan dibuli netizen