Bijak dalam berbelanja dan menggunakan duit pada perkara yang utama. Mungkin kaedah 50-20-30 boleh diamalkan.
Iaitu 50% pendapatan digunakan untuk keperluan asas seperti pendidikan, makan-minum, pakaian, kenderaan dan penginapan.
Sejumlah 30% untuk melengkapkan dan keselesaan hidup manakala 20% lagi untuk simpanan berkaitan kecemasan dan lain-lain.
Kita mesti mencuba sedaya upaya untuk menghindari berbelanja kepada perkara yang kurang berfaedah atau tidak mempunyai keutamaan yang besar.
Banyak perkara yang lebih penting untuk diutamakan. Oleh itu ‘ukurlah baju di badan sendiri.’
Ikuti enam tips untuk mula berjimat cermat seperti dikongsikan NUR ALIAH MOHD NOR ini:
1. Elakkan order Foodpanda/Grab selalu:
Biasakan bawa bekal ke tempat kerja. Abaikan apa yang orang lain fikir, yang penting perut kita kenyang dengan hasil masakan dari rumah kita.
2. Bandingkan dan pilih kedai:
Pilih kedai yang lebih murah untuk belanja barang bulanan contoh barang dapur.
Biasanya orang tak peduli pun nak beli barang bulanan dekat mana tapi kalau anda tahu kedai yang selalu bagi potongan harga, tentu lebih banyak yang boleh dijimatkan!
3. Belanja online lebih jimat:
Sekarang semuanya di hujung jari. Nak beli barang dapur secara online pun senang sangat.
Lagi best, dapat guna voucher dan jimat berkali-kali. Tak perlu start engine kereta dan tekan minyak, tup tup barang sampai depan rumah.
4. Jawab ‘survey’ online:
Jawab kajiselidik secara atas talian untuk kumpul dan tebus voucher/wang tunai.
Tahu tak dengan hanya jawab ‘survey’ online, anda boleh jimat dengan cara tebus voucher/wang tunai.
Cuba cari dalam Facebook Group, mesti akan jumpa mana-mana tutorial untuk jawab ‘survey’ ni.
5. Buat belanjawan bulanan:
Jangan fikir belanjawan negara je. Tapi fikir dan buat juga belanjawan diri sendiri.
Mula catat setiap apa yang anda belanja sekarang ni sama ada nak catat di buku, atau di aplikasi handphone.
6. Ubah gaya hidup:
Tak salah untuk beli apa yang anda inginkan, tapi ianya amatlah bahaya kalau berbelanja lebih daripada pendapatan yang masuk.
Tahan je dulu keinginan dan utamakanlah keperluan.
Baca:
Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’
Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan