Kematian tragis 23 orang pelajar dan guru Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran tujuh tahun yang lalu akhirnya mendapat keadilan apabila Mahkamah Persekutuan pada hari Khamis, memutuskan untuk mengekalkan hukuman dan sabitan terhadap seorang pemuda berusia 23 tahun atas tuduhan membunuh.
Oleh itu, pemuda berusia 23 tahun itu akan dihukum penjara selama yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pada 14 September 2017, sejumlah 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah kehilangan nyawa mereka setelah terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang dilanda kebakaran.
Pada 11 September tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara terhadap seorang pemuda selepas tiga hakim memutuskan bahawa tidak ada alasan untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyatakan dia bersalah atas 23 tuduhan yang berkenaan.
Sementara itu, rakan sebaya pemuda itu, yang juga berusia 22 tahun, dibebaskan dari tuduhan yang sama.
Menurut dakwaan, dua pemuda yang ketika itu berusia 16 tahun didakwa bersama-sama dalam kes pembunuhan 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara jam 4.15 hingga 6.45 pagi, pada 14 September 2017.
Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 34 kanun yang sama iaitu hukuman mati.
Pada 28 Januari 2020, Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan), memerintahkan pemuda pertama untuk membela diri.
Sebaliknya, pemuda kedua dibebaskan tanpa perlu membela diri terhadap pertuduhan yang sama.
Pada 17 Ogos 2020, hakim yang sama mendapati pemuda pertama bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama yang diperkenankan oleh Agong kerana dia masih dianggap sebagai pesalah kanak-kanak.
Baca:
Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi
Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais
6 sebab tetap gemuk walaupun berpuasa dan panduan mengatasinya