Realtime website trackingweb stats

Petua pemilihan papan pemotong yang berkualiti untuk kegunaan harian

Oleh ADINDA

Salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam dapur ialah papan pemotong.

Papan pemotong yang tidak bersih boleh menyebabkan bakteria tumbuh dengan cepat dan boleh menyebabkan makanan menjadi tidak sihat untuk dimakan.

Apakah ciri-ciri papan pemotong yang sepatutnya kita gunakan?

Petua pemilihan papan pemotong yang berkualiti untuk kegunaan harian

1. Tidak ada lagi bekas kotoran yang kekal

Kesan hitam pada papan pemotong sebenarnya berpunca daripada kesan kotoran yang susah untuk dibersihkan dengan betul.

Kalau dah cuba cuci tapi tetap kesan hitam masih ada, dinasihatkan untuk tukar papan pemotong yang baru.

2. Papan pemotong yang tidak dilapisi

Petua pemilihan papan pemotong yang berkualiti untuk kegunaan harian

Elakkan penggunaan papan pemotong yang dilapik dengan plastik cling wrap kerana ia boleh menyebabkan pencemaran fizikal akibat kepingan cling wrap yang terpotong.

3. Jangan gunakan papan pemotong yang sudah retak atau pecah

Apabila digunakan berulang kali, papan pemotong boleh rosak atau pecah.

Jika perkara ini berlaku, lebih baik menukar papan pemotong dengan yang baharu.

4. Elakkan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu

Petua pemilihan papan pemotong yang berkualiti untuk kegunaan harian

Ramai orang suka menggunakan papan pemotong kayu.

Namun, papan pemotong kayu perlu dijaga dengan baik.

Jika tidak dikeringkan dengan betul, ia boleh menyebabkan bakteria berkembang.

Jika digunakan terlalu lama, serpihan kayu itu boleh mencemari makanan.

5. Tukar papan pemotong apabila ia sudah berubah warna.

Petua pemilihan papan pemotong yang berkualiti untuk kegunaan harian

Apabila papan pemotong sudah nampak berubah warna dari warna asalnya, kasar dan tidak rata, adalah penting untuk menukar kepada yang baru dengan segera.

Semoga maklumat ini berguna.

Baca:

Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah