Terdapat pelbagai jenis resepi lala yang boleh kita cuba, antaranya ialah resepi lala masak serai yang sedap dan senang untuk disiapkan.
Pastikan lala yang digunakan adalah segar kerana ia akan memberikan rasa yang manis dan memastikan masakan kita menjadi lebih enak.
Ingatlah untuk tidak memasak lala terlalu lama kerana ini akan membuatkan teksturnya menjadi liat.
Oleh itu, lala sebaiknya dimasukkan pada langkah terakhir dalam proses memasak.
Dalam artikel ini, anda boleh mencuba resipi yang telah dikongsi oleh Saudari Ariana Sofia Ahmad di bawah ini.
Bahan-bahan:
• 1 kg lala (dibasuh bersih)
• 6 sudu besar cili giling
• 8 batang cili api (merah + hijau) – ditumbuk kasar
• 4 biji bawang merah – dicincang halus
• 5 ulas bawang putih – dicincang halus
• 2 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar sos tiram
• 2 sudu besar sos ikan
• 5 sudu besar sos cili thai
• 3 batang serai – dihiris halus
• 2 batang daun ketumbar (hiasan)
Cara masak:
1. Mulakan dengan memanaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau harum.
2. Apabila bawang telah berwarna keemasan, masukkan serai dan teruskan menumis.
3. Kemudian, tambahkan cili api dan kacau sehingga sebati dengan bau serai.
4. Selepas itu, tambahkan cili giling dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
5. Campurkan sos cili, sos cili Thai, sos ikan, dan sos tiram. Gaul sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kuah mendidih, masukkan lala dan kacau sehingga sebati dengan kuah.
7. Masak sehingga kuah menjadi pekat tetapi pastikan tidak terlalu kering.
8. Hiasi hidangan dengan daun ketumbar yang telah dihiris.
Daun ketumbar memberi aroma yang sedap dan meningkatkan selera untuk makan.
9. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Baca:
Bosan makan Dendeng Khairul Aming, cuba ‘modify’ dengan spageti – Tak tipu kejap je nak masaknya