Sesiapa yang suka makan tauhu anda wajib baca artikel ini sampai habis.
Tauhu ni memang antara makanan kegemaran saya, jadi saya selalu ada stok dalam peti sejuk.
Untuk pengetahuan anda, tauhu ni kaya dengan nutrisi yang baik untuk badan.
Biasanya saya suka goreng tauhu lepas tu cicah dengan sambal kicap atau buat rojak tauhu.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara untuk simpan tauhu tahan lebih lama dari kebiasan.
Ikuti cara ini:
1) Cuci tauhu dengan menggunakan air yang mengalir dari paip atau air yang telah ditapis. Pastikan berhati-hati supaya tauhu tidak pecah.
2) Kemudian susun tauhu dalam bekas yang sesuai dan tutup rapat. Anda boleh menggunakan bekas yang dilengkapi dengan penapis dan penutup, atau menggunakan Tupperware biasa yang boleh ditutup.
3) Rendam tauhu sehingga terendam sepenuhnya menggunakan air yang telah ditapis atau air mineral dalam botol.
4) Setelah itu, tutup rapat bekas dan simpan dalam bahagian chiller peti sejuk. Tukar air rendaman setiap 3 hari sekali. Langkah ini dapat membuat tauhu tahan lebih lama, sehingga seminggu.
5) Untuk meningkatkan ketahanan tauhu, taburkan sedikit garam.
Tips ini telah terbukti berkesan.
Tetapi, jika tidak mahu menggunakan garam, ia juga tidak menjadi masalah.
Biasanya, kita tidak akan membeli tauhu dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa.
Ini kerana kita perlu menganggarkan jumlah tauhu yang kita makan dalam masa seminggu supaya ia sentiasa segar.
Walaupun terdapat cara lain untuk menyimpan tauhu, namun saya lebih suka menggunakan cara ini.
Saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Baca:
Menu bazar yang selalu ‘scam’ pembeli! Teliti dulu sebelum beli, jangan main ‘bantai’ je
Kombinasi rasa lemak & manis yang padu, ini cara senang buat jagung ‘cup’ ala pasar malam
Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah