Siapa gemar makan roti?
Semestinya anda juga banyak terdapat tag roti yang bersepah. Jika masih dalam keadaan baik, kita boleh menggunakannya dengan bijak.
Contohnya:
• Gunakan plastik pembalut makanan. Pilihlah plastik yang nipis dan lembut untuk digunakan.
• Letakkan label pada wayar kabel untuk mengelakkan kekeliruan terutamanya jika wayar tersebut memiliki warna dan bentuk yang sama.
• Ikatkan earphone agar tidak berselirat.
• Gunakan sebagai klip untuk mengikat getah rambut. Ini akan mencegah getah rambut daripada berselerak di dalam laci atau kotak.
• Guna sebagai penanda bahagian akhir pada masking tape atau benang.
• Jika anda memiliki banyak kunci, labelkan mereka supaya mudah digunakan.
Boleh juga menggunakan idea yang lain ikut kreativiti anda.
Jika tidak mahu gunakan, bolehlah simpan banyak-banyak dan buang dalam tong kitar semula.
Semoga berguna untuk anda semua.
Baca:
Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah
PAS kecoh kantin sekolah dibuka, minta pelajar ‘non-muslim’ bawa bekal