Realtime website trackingweb stats

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Oleh ADINDA

Apabila waktu berbuka tiba, ramai yang suka menikmati pelbagai jenis bubur tradisional yang telah diwarisi dari zaman dahulu.

Gabungan rasa lemak dan manis yang seimbang membuat hidangan ini sangat memuaskan.

Khas untuk anda, kami kongsikan beberapa resipi bubur manis yang mudah untuk dicuba sepanjang bulan puasa ini.

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

1. Bubur barli dan pisang

Bahan-bahan:

• 6 biji pisang nangka
• 100gm barli|rebus sehingga empuk
• 600ml santan
• 150gm gula
• 100gm gula merah
• 2 helai daun pandan|disiat&simpul
• Secubit garam

Cara masak:

1. Potong pisang setebal 2cm dan celur sekejap. Toskan.

2. Masukkan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.

3. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.

4. Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.

5. Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.

2. Bubur butir nangka

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Bahan-bahan:

• 250gm tepung pulut
• 2800gm gula
• 800ml santan pekat
• 2 helai daun pandan|disimpul
• Secubit garam
• 4 pewarna makanan pilihan
• Air secukupnya

Cara masak:

1. Panaskan air yang banyak dalam periuk yang besar.

2. Campurkan tepung ke dalam mangkuk bersama sedikit garam, kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Bahagi doh kepada tiga bahagian dan titiskan warna makanan pada setiap bahagian.

4. Bentuk doh menjadi butir-butir kecil dan letakkan ke dalam air yang sedang mendidih.

5. Apabila butir-butir tepung muncul di permukaan, angkat dan toskan air.

6. Dalam periuk yang lain, campurkan santan, gula, daun pandan, dan sedikit garam.

7. Biarkan campuran mendidih dengan api kecil selama beberapa minit.

8. Masukkan butiran nangka dan biarkan mendidih selama beberapa minit lagi sehingga semua bahan tercampur rata.

3. Bubur candil pandan

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera

Bahan-bahan:

• 600ml santan pekat
• 200gm tepung gandum
• 250gm gula
• 250ml air perahan daun pandan
• 2 helai daun pandan|disiat & simpul
• Secubit garam

Cara masak:

1. Campurkan tepung gandum dengan air perahan daun pandan sehingga menjadi adunan yang agak lembut.

2. Bentuk adunan menjadi bulatan kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diinginkan.

3. Ratakan adunan sehingga ia menjadi lembut kemudian keringkan.

4. Dalam periuk yang berbeza, campurkan santan, gula, dan daun pandan. Panaskan sehingga hampir mendidih.

5. Masukkan adunan candil yang telah direbus terlebih dahulu bersama sedikit garam.

6. Panaskan semula untuk beberapa minit sehingga semua bahan sebati.

4. Bubur jagung sagu

Bahan-bahan:

• 200gm jagung
• 100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
• 700ml santan
• 250gm gula melaka
• 100gm gula
• 2 helai daun pandan|disimpul

Cara masak:

1. Campurkan separuh daripada santan dengan jagung, gula merah, gula, dan daun pandan.

2. Panaskan sehingga gula larut sepenuhnya dan jagung menjadi lembut.

3. Masukkan separuh lagi daripada santan dan sagu.

4. Panaskan sehingga semua bahan bercampur dengan baik dengan menggunakan api kecil.

Untuk hidangan ini, gunakan jagung segar yang telah dipotong dari tongkolnya.

Bahan-bahan:

• 600ml santan
• 250gm pulut hitam
• 250gm gula
• 2 helai daun pandan|disiat dan simpul
• Secubit garam

Cara masak:

1. Rendamkan beras pulut hitam dalam periuk selama satu jam, kemudian masak sehingga ia menjadi lembut.

2. Dalam periuk, campurkan santan, gula, dan daun pandan. Panaskan sehingga hampir mendidih.

3. Masukkan beras pulut hitam dan sedikit garam.

4. Masak lagi sehingga semua bahan tercampur rata.

Selamat mencuba!

Baca:

Menu bazar yang selalu ‘scam’ pembeli! Teliti dulu sebelum beli, jangan main ‘bantai’ je

Kombinasi rasa lemak & manis yang padu, ini cara senang buat jagung ‘cup’ ala pasar malam

Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah