Realtime website trackingweb stats

Selamanya akan digelar penyondol, Zarina Zainuddin nasihat jangan nikahi suami orang

Oleh ADINDA

Walaupun menjadi isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin menegur segelintir wanita muda yang suka ‘menggatal’ dengan lelaki yang sudah berkahwin sehingga sanggup merosakkan kehidupan keluarga orang lain.

Menurut Nur Zarina Mohd Zainuddin, yang berusia 54 tahun, wanita muda sebegini perlu berfikir sebelum memilih untuk menjadi isteri kepada lelaki yang sudah berkeluarga kerana mereka akan dilabel sebagai penyondol seumur hidup.

“Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.

Selamanya akan digelar penyondol, Zarina Zainuddin nasihat jangan nikahi suami orang

“Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya dalam video Instagram semalam.

Dalam video yang sama, dia juga merasa tidak senang melihat ramai wanita muda yang terlalu berminat untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah berkeluarga, walaupun tidak menjanjikan kehidupan yang mewah.

“Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.”

“Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.

“Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah,” katanya lagi.

Zarina menyatakan bahawa dia merasakan situasi yang berbeza ketika berkahwin dengan suaminya sebagai isteri kedua, tetapi perasaan bersalah masih terasa sehingga ke hari ini.

“Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin.”

“Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya,” luahnya.

Melalui perkongsian yang sama, dia menggalakkan wanita muda di luar sana untuk tidak terlalu berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri, tetapi sebaliknya memilih lelaki yang masih bujang.

“Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya.

“Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelaki bujang yang berlambak di luar sana,” ujarnya.

Pada awalnya, Zarina berkahwin dengan Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri kedua.

Dari perkahwinan mereka, mereka diberkati dengan empat anak lelaki, termasuk sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil), yang selalu menjadi perhatian orang ramai di media sosial.

Baca:

Baki tol tidak cukup? Jangan sampai bahayakan nyawa, pengguna perlu tekan “button intercom’ & tunggu ‘runner’

Heboh netizen pasal Aliff Aziz belum reda, Bella Astillah mulakan bisnes jual kuih raya

Dapat 3 tawaran sekaligus, tetapi sekolah ini yang dipilih anak Dr Sheikh Muszaphar