Bangun bersahur sekitar 4.30 hingga 5 pagi sebenarnya rugi tanpa kita merebut ganjaran keberkatan bulan Ramadan yang tidak diberikan kepada bulan lain.
Mana tidaknya, setiap amal kebajikan digandakan pahala. Ibadah fardu diberi pahala sehingga 70 kali ganda. Ibadah sunat pula diberi pahala seperti ibadah fardu.
Memetik sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Detik Hikmah, ketika sahur adalah waktu paling mujarab untuk berdoa.
“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan.” – Surah Adz Dzariyat: 18
Jelas di atas menunjukkan bahawa ketika sahur adalah waktu paling mujarab untuk berdoa.
Jadi, antara doa waktu sahur yang boleh dibaca adalah:
سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللهِ وَحُسْنِ بَلَائِهِ عَلَيْنَا، رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا، عَائِذًا بِاللهِ مِنَ النَّارِ
Samma’a sami’un bihamdillah wa husni balaihi ‘alaina rabbana shohibna wa afdhil ‘alaina ‘aizan billahi minan nari.
Maksudnya: “Semoga ada orang mendengar yang menyampaikan pujian kepada Allah, dan ujian-Nya yang baik kepada kami. Ya Tuhan kami, peliharalah kami dan berilah kami anugerah berlindung kepada Allah daripada api neraka.” (HR Muslim, Abu Dawud, an-Nasa’i dalam Al-Yaum wa Al-Lailah, dan Hakim dalam Al-Musadrak)
Selain itu, anda juga boleh membaca doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti di bawah:
اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِي وَشَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ
Maksudnya: “Ya Allah, wahai Pencipta langit dan bumi, wahai yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Rabb segala sesuatu dan penguasanya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku berlindung kepada Kamu dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan gangguan.”
Antara kelebihan bersahur adalah:
1) Dapat membantu menguatkan diri semasa berpuasa di siang hari.
2) Bersahur adalah sunnah Nabi SAW. Antara makanan yang Nabi ambil ketika bersahur adalah kurma.
Mengikut kajian, kurma dapat memberikan tenaga yang kuat kepada kita. Cukuplah dengan meminum seteguk air dan kurma akan dapat pahala bersahur.
3) Waktu sahur memberi peluang untuk berzikir, beristighfar dan berdoa kerana ia adalah waktu yang mustajab.
4) Hukum bersahur adalah sunat muakkad dan disunatkan untuk melewatkan sahur. Namun, haram hukumnya jika meninggalkan puasa Ramadan dengan alasan tidak bersahur.
Jadi, perbuatan meninggalkan sahur tanpa uzur yang syar’ie disebabkan malas untuk bangun pada awal pagi wajarlah dijauhi kerana perbuatan tersebut merugikan diri orang yang berpuasa.
Baca:
Berlagak samseng! Perempuan ‘bantai’ perempuan mengandung hingga bengkak
Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan