Realtime website trackingweb stats

Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan

Oleh ARIF ABDULLAH

Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang terletak di Seksyen 11 iaitu Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan hingga Persimpangan Beruas akan dibuka kepada orang ramai bermula pukul 12.01 tengah malam semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa dengan pembukaan Seksyen 11 WCE ini, pengguna lebuh raya di kawasan tersebut, termasuk Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan, Persimpangan Trong, dan Persimpangan Beruas, tidak perlu membayar tol bermula esok sehingga 11 Mei akan datang.

Beliau juga menjelaskan bahawa WCE adalah sebuah lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering di Perak ke Banting, Selangor, dengan panjang keseluruhan 314.5 kilometer (km) yang melalui pelbagai destinasi utama di Perak dan Selangor.

Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan

Antaranya ialah Beruas, Seri Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Bagan Datuk, Hutan Melintang di Perak dan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Banting di Selangor.

“Seksyen 11 WCE yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 35.5km yang menghubungkan pengguna secara terus dari Lebuh Raya Utara Selatan di Changkat Jering ke Beruas, Perak.

“Seksyen ini dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seksyen 11 WCE di Changkat Jering di sini semalam.

Secara ringkasnya, beliau menyatakan bahawa pembukaan WCE Seksyen 11 akan memendekkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas dari 55 minit kepada hanya 20 minit.

Ini akan membantu pengguna jalan raya dapat menjimatkan masa dan wang bahan api apabila perjalanan ke selatan Perak hingga ke Selangor.

Selain itu, WCE juga boleh dijadikan pilihan alternatif untuk mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan, terutamanya semasa waktu sibuk, musim perayaan, dan cuti sekolah.

Baca:

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuju

‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima