Tinggal beberapa hari lagi sebelum kita bermula berpuasa.
Ramai di antara kita, terutamanya wanita, ingin mencuba untuk mengurangkan berat badan.
Semasa minggu pertama Ramadan, ramai akan merasa lesu dan kurang bertenaga kerana badan masih belum terbiasa dengan keadaan tidak makan.
Oleh itu, penting untuk memastikan kita memakan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan agar kita bertenaga sepanjang hari sepanjang bulan Ramadan.
Sebenarnya, terdapat banyak jenis makanan dan bahan yang boleh memberikan banyak faedah kepada kita, terutamanya dalam membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Namun, tiga perkara ini pasti boleh anda dapatkan di dapur tanpa perlu pergi ke kedai.
Melalui satu video di laman Tiktok, seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur Hashida berkongsi beberapa tips untuk sahur supaya dapat membuatkan anda kenyang lebih lama dan pada masa yang sama membantu dalam usaha mengurangkan berat badan.
Mari kita ikuti perkongsian tips daripada beliau.
1. Makan 3 biji kurma
Makan kurma adalah amalan sunnah jika jumlahnya ganjil.
Ternyata, ada perbezaan yang signifikan apabila makan kurma dalam jumlah ganjil berbanding jumlah genap.
2. Minum 2 gelas air kosong
Pada bulan Ramadan, minuman manis selalu disukai ramai berbanding air kosong, walaupun sebenarnya air kosong adalah minuman terbaik untuk memastikan tubuh kita terhidrasi, terutamanya ketika kita berpuasa sepanjang hari.
3. Minum coklat bersama oat
Makanan ringan yang mudah dan cepat untuk dimakan semasa sahur ialah coklat dan oat.
Selain itu, makanan ini sangat kenyang dan dapat memberi tenaga untuk jangka masa yang lama.
Untuk menyediakannya, hanya perlu mencampurkan 1 sachet coklat bersama oat, kemudian bancuh dengan air panas.
Video penuh:
@nurhashida92 tak lama lagi nak puasa #tiktokmalaysia #nakkurus #lostweight ♬ Marhaban ya ramadhan – Nay🕊
Semoga membantu dan selamat mencuba pada bulan puasa nanti!
Baca:
Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong
Tak mahu sahur makanan berat, boleh cuba buat pati kurma, campur susu boleh terus minum
Isteri ingatkan kerjaya dalam bidang hiburan tak kekal lama, ini persediaan masa depan Mawi