Realtime website trackingweb stats

Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Satu majlis perkahwinan di Indonesia gempar gara-gara aksi terlampau seorang tetamu yang bertindak membuka bajunya di atas pelamin sepasang pengantin.

Dia dilihat cuba memeluk pengantin lelaki di hadapan pengantin perempuan sehingga mengundang pandangan serong warganet.

Lelaki itu akhirnya ditenangkan dan diusir turun dari pelamin.

Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong

Rata-rata netizen mengaitkan lelaki yang membuka baju dan pengantin berkenaan merupakan pasangan gay.

Ada yang berharap semoga pengantin lelaki berkenaan benar-benar bertaubat dan mencintai si isteri sepenuhnya.

Warganet juga mendoakan agar pengantin lelaki itu dilindungi dari kekasih gelapnya mahu pun masa lalu yang kelam.

Dalam masa sama, terdapat netizen yang mempersoalkan reaksi pengantin lelaki yang dilihat seperti tidak terlalu melawan sebaliknya nampak hanya tersipu malu.

“Kalau dia benar-benar sembuh, harusnya mahu melakukan perlawanan yang lebih,” kata warganet.

Tidak kurang juga yang berkongsikan kisah jiran yang berkahwin hanya untuk menutup orientasi seks songsang.

“Selama setahun menikah tidak pernah disentuh. Akhirnya, dapat tahu di hotel berdua-duaan dengan lelaki hinggakan jiran wanita saya trauma dah untuk bernikah dan takut sama lelaki,” kata seorang lagi netizen.

Sehubungan itu, ada warga maya menasihatkan komuniti gay supaya jangan bernikah agar tidak menyakiti perasaan wanita yang bergelar isteri.

“Cukup dirimu saja yang sakit, jangan hati orang lain kamu sakitkan,” kata warganet lagi.

Baca:

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar

Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tidak renyah jika ikut cara ini

Seteguk ‘ginger shot’ setiap pagi dapat jaga dalaman, ini cara mudah DIY di rumah