Resepi singgang ialah hidangan yang paling senang dimasak.
Malah, ia juga merupakan hidangan sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tiada proses menumis.
Selain daripada dipanggil singgang, hidangan ini juga dikenali sebagai masak asam di sesetengah tempat.
Ibu yang bekerja atau individu yang tinggal seorang diri suka memasak hidangan singgang ini kerana prosesnya tidaklah rumit dan hanya mengambil masa kurang dari 30 minit.
Dalam artikel ini, anda boleh mencuba resepi singgang ikan selar yang mudah dan sedap ini, yang disediakan oleh Nana Sabrina Sarsan!
Sungguh nikmat diminum kuahnya panas-panas, terutamanya apabila dicampur dengan sambal belacan dan ulam-ulam segar.
Rasanya sangat menyelerakan, sehingga membuatkan seseorang mahu menambahkan lagi nasi sampai berpeluh-peluh!
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
• Dua ekor ikan selar belah dua
• Garam secukupnya
• Perahan air asam jawa
• Air agak-agak
• Serai diketuk
• 1 biji bawang merah besar hiris
• 2 ulas bawang putih hiris
• 1 inci halia hiris
• 1/2 inci kunyit hidup hiris
• Serbuk kunyit secukupnya
• 1 sudu teh minyak
• Tomato (pilihan)
• Cili merah dan cili padi (pilihan)
Campurkan semua bahan ini dalam periuk, lepas tu panaskan dengan api perlahan selama 20 minit.
Dah siap, lauk singgang anda!
Jangan lupa, elakkan meletakkan tomato terlalu awal supaya tidak hancur, tambahkan tomota tersebut selepas kuah mendidih.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Baca:
Beberapa perkhidmatan Maybank akan tergendala pada 9 Mac 2024