Realtime website trackingweb stats

Udang dah hilang segar, tak sedap? Cuba petua ni dapat kembalikan kesegaran

Oleh FATIN AQILAH

Boleh dikatakan, kebanyakan makanan laut adalah berlendir dan hanyir, termasuk udang.

Ada beberapa tip para ibu di luar sana boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini.

Udang memang sedap! Dan kita boleh memasaknya dalam pelbagai cara.

Udang dah hilang segar, tak sedap? Cuba petua ni dapat kembalikan kesegaran

Tetapi, untuk orang yang mengalami masalah gout, perlu dielakkan.

Namun, membeli udang juga tidak boleh sembarangan kerana jika salah beli, udang itu tidak lagi segar.

Apabila ingin memasak, perlu membuang bahagian hitam di bahagian belakang udang.

Bagaimana untuk memastikan udang yang dibeli tetap segar, tidak hanyir dan tidak berlendir.

Mungkin petua ini sudah biasa didengar tetapi belum dicuba.

Jadi, bagaimana jika nanti kita cuba mengamalkan petua ini pada udang atau makanan laut lain yang akan dibeli ibu-ibu.

Cara nak bersihkan udang dan kekalkan kesegarannya

1. Cara mudah untuk membersihkan kotoran dari badan udang berukuran kecil dan sederhana adalah dengan menusuknya menggunakan lidi sate.

Anda juga boleh menggunakan pisau atau gunting, tetapi jika udangnya besar dan segar, lebih baik menggunakan lidi sate.

Jika tidak, kemungkinan besar udang akan hancur kerana isi udang adalah terlalu lembut.

2. Cukup gunting hujung kepala udang itu.

Tidak perlu dibuang kerana manisnya udang datang dari kepala.

3. Selepas mencuci udang, perahkan limau untuk menghilangkan bau hanyir dan keringkan.

Disarankan menggunakan limau nipis kerana aromanya lebih wangi dan kuat.

4. Pastikan untuk menggosokkan garam tanpa air untuk menghilangkan lendir yang disebabkan oleh bilasan air limau sebelumnya.

5. Bersihkan semua udang dan siapkan untuk dimasak.

Jika ingin menyimpannya, letakkan dalam bekas yang berisi air dan bekukan.

Info tambahan: Cara menghilangkan bau tidak menyenangkan dan mengekalkan kesegaran ini boleh digunakan untuk makanan laut lain juga, selagi makanan itu berasal dari air tawar atau laut.

Sumber: Nana Ismail

Baca:

Apa jaminan duit dalam Tabung Haji selamat? Wanita ini hampir pengsan lebih RM30,000 dicuri sejak 2018

Beberapa perkhidmatan Maybank akan tergendala pada 9 Mac 2024

Elakkan minuman berkafein antara tips mudah bangun awal pagi