Masalah bangun awal pagi masih lagi menjadi masalah kebiasaan dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Walaupun telah kunci penggera pada tahap bunyi yang paling tinggi, tetapi masih tidak sedar dari dibuai tidur yang lena.
Memulakan hari dengan lebih awal, boleh meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat dengan lebih efektif.Terdapat beberapa tips yang boleh membantu dalam bangun awal setiap hari.
1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang
Kafein boleh mengganggu proses tidur anda lebih daripada enam jam selepas pengambilannya, walaupun anda tidak sedar. Untuk mengurangkan risiko gangguan tidur, hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang.
2. Tetapkan penggera untuk masa tidur
Disiplinkan diri dengan tetapkan diri tidur tepat pada masa. Walaupun bangun awal pagi merupakan cabaran, tetapi perlu seimbangkan dengan waktu untuk merehatkan diri pada waktu malam
3. Lakukan rutin yang sama setiap malam
Rutin yang sama pada setiap hari dapat membantu otak untuk mengenali dan bersedia waktu tidur. Rutin yang boleh dilakukan seperti menggosok gigi, mandimalam dan berpakaian tidur serta membaca doa sebelum tidur.
4. Amalkan mandi sebelum tidur
Mandian sebelum tidur dapat menurunkan suhu badan ke beberapa darjah. proses ini akan membantu badan kita dalam keadaan relaks dan nyaman untuk memudahkan tidur yang lena
5. Matikan semua alat elektronik
Pastikan alat elektronik seperti telefon pintar dan televisyen dimatikan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur. Gelombang cahaya biru yang dipancarkan akan mengganggu hormon melatonin, yang bertanggungjawab mengatur tidur dalam badan kita.
6. Konsisten
Pastikan rutin yang kita lakukan di atas selalu konsisten, termasuk pada hari hujung minggu. Dengan memastikan rutin tidur kita sentiasa konsisten, termasuk pada hujung minggu, kita pasti dapat menghadapi proses bangun awal pada pagi Isnin tanpa merasa terbeban.
Dengan mengamalkan tips-tips bangun awal setiap hari, kita dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup secara keseluruhan. Mulakan hari dengan semangat yang tinggi dan yakin bahawa setiap usaha kecil menuju ke arah bangun awal akan membawa impak yang besar dalam kehidupan kita.
Baca:
Remaja ini jadi individu pertama di Malaysia dapat Lesen āPā eTesting JPJ
Orang yang pertama kali nak buat umrah boleh ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga
Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka