Pasar Ramadan akan muncul dan mulalah kita lazim mendengar rungutan masyarakat berkenaan sikap sesetengah peniaga yang jual mahal ibarat nak pergi haji balik hari.
Namun, terdapat aspek yang perlu diambil kira ketika premis gergasi dengan puluhan cawangan di seluruh negara mampu jual murah.
Ikuti perkongsian Naz Daim mengenai kedai yang terkenal dengan jualan ayam panggang ini:
ADIL?
Saya rasa ramai pernah nampak kedai dan promosi ni.
Nama kedai ni Baker’s Cottage. Dia buat promosi yang amat menarik. Seekor ayam panggang pada harga 16.90 sahaja.
Banyak tahun dah dia buat. Strategi dia sangat power. Dulu Baker’s Cottage ni macam dah sendu.
Namun, mereka buat strategy loss leader ni, ramai orang datang membeli. Dia berjaya buka banyak outlet satu Malaysia.
Tapi kenapa saya letak tajuk ADIL?
Begini ceritanya. Baker’s Cottage ni kedai lama, jenama dah lama. Jual roti.. kedai bakery lah.
Ok lah roti dia sedap tapi business dia tak kuat sangat. Sampai satu hari keputusan dibuat untuk dijual…
Lantas, ia dibeli oleh syarikat Leong Hup International Bhd (LHI). Siapa syarikat Leong Hup ni?
Dia jual ayam… Walau anda seorang Muslim yang claim anda tak beli ayam dari kedai bukan Muslim, kemungkinan besar anda silap.
Leong Hup ni adalah salah satu syarikat integrator kat Malaysia ni. Selain mereka ada lebih kurang 10 syarikat macam mereka.
Apa mereka buat?
Mereka sediakan anak ayam, dedak ayam, dan ikat kontrak dengan penternak ayam.
Bila ayam dah besar, mereka akan beli balik ayam daripada penternak itu.
Jumlah transaksi ayam mereka capai level puluhan juta sebulan.
Senang cerita, 70% ayam di Malaysia datang daripada mereka.
Tibai menteri
Walau awak beli dari kedai Melayu di pasar, kemungkinan besar ayam itu datang dari kartel ni. Kadang boleh kata hampir pasti.
Ya, mereka la kartel. Leong Hup salah satu kartel terbesar di Malaysia. Sebab apa kartel? Sebab mereka yang hari hari decide berapa harga ayam nak jual kat pasaran
Kita dok tibai menteri kalau ayam naik harga, sebenarnya kartel ini lagi besar dari kementerian. Susah nak dikawal.
Tapi itu satu hal… selagi dia sembelih, ada sijil halal… saya rasa ok la nak buat macam mana…
Memang tak ramai supplier lain. Tapi kita usahakanlah sokong jenama macam Ayam Bismi dalam perjuangan mereka..
Harap Ayam Bismi boleh saing dgn mereka segera , Aamiin (dibaca).
Tapi bukan itu yang saya nak tekankan. Kembali kpeada cerita Bakers Cottage.
Leong Hup beli Bakers Cottage. Jadi, BC dengan pengalaman banyak, dan duit boss baru yang banyak, dia dah jadi level big brand.
Lepas tu LEONG HUP tetiba supply ayam murah kat BC. Lepas itu BC beli oven combipanggang ayam… jual sekor ayam panggang harga 16.90.
Order banner besar letak depan kedai, ayam panggang RM16.90. Hahaha… terdiam jugak tengok harga dia.
Untunglah pelanggan….hari-hari masuk… beli ayam sauk gak roti dan lain lain… Bijak betul strategi ni.
Tapi peniaga lain gigit jari. RM16 tu kalau peniaga lain harga kos belum masak, tak masuk kos pekerja, sewa dan lain-lain.
Pengsan beb. Dah celah mana nak bersaing. Tapi ini bukan masalah peniaga ayam je.
Banyak bisnes kecil tak kisahlah jual ayam, ikan, tapir hatta jual pensel tekan sekali pun selalu hadap dilema ini.
Company start up yang belum ada volume susah nak dapat harga kos yang rendah. Maka terpaksa jual pada harga tinggi.
Bila dia jual tinggi, nak kena lawan dengan company giant macam Leong Hup ni, yang ada modal banyak dan kos rendah juga R&D yang padu. Maka company start up tak boleh lawan guna kekuatan produk semata-mata.
Sebab itu banyak brand start up main sentimen lain, contohnya perkauman, agama, simpati, gimik, influencer dan lain-lain.
Ramai yang bash. Inilah company local tiada daya saing. Tapi apa daya saing yang ada masa itu. Lepas tu cakap peniaga ni penunggan agama.
Tak boleh lawan
Contoh mudah cuba tengok Syukor Burger. Dia buat burger level street. Sama taraf dengan McD pada harga marhaen. Jadi, jangan compare kan dia dengan brand Woodfire.
Jadi, kalau Syukor Burger letak sebelah sebelah dengan McD. Tentulah automatik orang akan cakap burger Syukor tak sedap, service tak power, brand tak standard, staf tak friendly.
Mekdi tu dah berpuluh tahun niaga kot. Syukor baru setahun buka kedai burger. Memang tak boleh lawan.
Sebab itu dia kena guna strength personal branding dia dulu, tarik pelanggan. Guna unsur BMf, simpati dan perlahan-lahan perbaiki segala aspek yang ada.
Nak perbaiki ni take time, takkan bolehnya tetiba terrer…
Ada orang complaint ELEWSMART lagi mahal dari 99 speedmart. Sekali lagi, berapa volume Elewsmart berbanding 99?
Berapa harga dia beli? Berapa harga dia jual? Tapi kalau ELEWSMART dapat bertahan, disokong pelanggan, lagi 20 tahun dia ada 500 outlets, masa itu dia boleh jual murah gilalah.
Saya takda apa-apa against Leong Hup dan Baker’s Cottage. Saya ada je beli ayam dia. Sedap jugak untuk harga sedemikian.
Tapi kalau kita nak menyaksikan ada lonjakan ekonomi di Malaysia, kena ada gerakan besar-besaran untuk sokong small brand yang baru nak naik ni.
Dan berdamai yang brand baru nak naik ni tak boleh sempurna di peringkat awal.
Sekurang-kurangnya, 10 tahun pertama mereka akan terus buat silap.
Faham yang brand start up kadang kena jual mahal. Kalau tak nak beli takpa tapi jangan jatuhkan mereka dengan kecaman berjemaah.
Saya tak pertikai ADIL ke Baker’s Cottage jual harga ayam murah.
Dia power buat strategi, dia ada kelebihan, adil la guna. Tiada masalah. Respect!
Tapi saya nak tekankan.. Adil ke bulan Ramadhan nanti, kalau anda nampak orang berniaga ayam golek di pasar Ramadhan jual harga RM22 seekor, lepas tu cakap “ni la peniaga nak gi haji balik hari, menipu harga je. Baker’s Cottage boleh je jual murah…”
Jeng woi! Saya menulis pasal dunia F&B dan perkongsian pengalaman dan pandangan saya. Banyak lagi content begini di Facebook saya.
Baca:
‘Belakang badan dia banyak ruam’, ada hikmah juga dia rakam video bersesak mahu cium Hajar Aswad
‘Nervous’ ketika ujian memandu? Kini pegawai JPJ dah tak ada dalam kereta