Realtime website trackingweb stats

Terlalu laju masa ‘kona’, pemandu wanita kontena muatan berat cedera lori terbabas

Oleh ARIF ABDULLAH

Seorang individu yang terkenal di platform media sosial TikTok, Waniey Zulkifli, dilaporkan mengalami kecederaan selepas lori kontena yang dia pandu terlibat dalam satu kemalangan di sebuah lebuh raya menuju ke Pelabuhan Klang, Selangor pada hari Selasa.

Kemalangan tersebut direkodkan oleh kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurut maklumat awal yang dikongsi melalui aplikasi Telegram, mangsa yang juga terkenal di kalangan pemandu kenderaan berat di Malaysia didakwa memandu lori tersebut dengan laju sehingga hilang kawalan di sebuah selekoh.

Terlalu laju masa 'kona', pemandu wanita kontena muatan berat cedera lori terbabas

Lebih menggerunkan, lori itu hampir menimpa kereta lain sebelum terbalik dan terseret beberapa meter.

Menurut seorang pengguna Telegram, selepas kemalangan itu berlaku, orang awam berjaya menyelamatkan mangsa sementara menunggu bantuan tiba.

Dia juga berkongsi satu gambar yang menunjukkan Waniey terbaring berlumuran darah di kepala.

Kecelakaan itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.

Namun, pada saat laporan ini ditulis, kita tidak dapat pastikan keadaan sebenar mangsa dan tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan pemerhatian kebanyakan, mangsa mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut di laman TikToknya dan sering memuat naik video dirinya memandu lori kontena yang sama dengan nombor pendaftaran kenderaan berat yang sama.

Baca:

Elak tauke minyak sentiasa untung, pembeli perlu bijak isi minyak dalam jumlah liter, bukan RM

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda

Terpalit kes saman produksi, Hun Haqeem terkejut tapi enggan bermasam muka