Tak lama bulan puasa tiba maka jangan gelabah fikirkan menu sahur yang mudah disediakan dalam masa sama kenyang membawa sampai ke waktu berbuka.
Bagi mereka yang jenis tidak mahu makan nasi setiap hari, apa kata anda cuba hidangan bersahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba ini:
1. Roti bakar gandum (whole wheat) + tomato + telur goreng ‘mata’
Gabungan biasa untuk sandwic ringkas tetapi kaya berkhasiat.
Telur adalah antara makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.
2. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju
Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale.
Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.
3. Paket ‘Smoothie’
Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan.
Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang.
Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.
4. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang
Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium.
Pisang pula sumber tenaga yang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.
5. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum
Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga.
Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan roti tortilla untuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan.
Baca:
Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda\
Terpalit kes saman produksi, Hun Haqeem terkejut tapi enggan bermasam muka
‘Jarang beli rumah percuma gua’, ejen ‘rumah busuk’ ini kongsi video ‘sinkhole’ yang mengejutkan