Realtime website trackingweb stats

Terpaling sedap macam beli di kedai mamak, individu ini ajar cara betul bancuh air plastik ikat tepi

Oleh ABDULLAH HAMID

Teh ais, kopi ais, dan nescafe ais yang diikat tepi, dibeli dari kedai mamak, memang sangat sedap.

Bayangkan cuaca panas, kemudian mendapat ‘minuman ikat tepi’ ini, kepuasannya tidak dapat digambarkan.

Selain membeli dari kedai mamak, anda juga boleh membuat sendiri di rumah.

Terpaling sedap macam beli di kedai mamak, individu ini ajar cara betul bancuh air plastik ikat tepi

Ia hampir sama seperti membeli dari kedai mamak.

Dan yang lebih menarik, anda boleh mengikat tepinya sendiri.

Berikut adalah resipi untuk membuat teh ais, kopi ais, dan nescafe ais yang diikat tepi, seperti yang dikongsi oleh Miz Juejue.

1. Nescafe ais kaw

Bahan-bahan:

• 3 sudu teh Nescafe
• Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai
• 1/2 gelas air – jangan banyak nanti tidak kaw
• Sedikit susu cair
• Ais secukupnya

Cara-caranya:

1. Satukan kesemua bahan di dalam cawan. Kacau hingga larut.
2. Masukkan ais ke dalam plastik dan tuang bancuhan nescafe tadi.
3. Jika suka, boleh masukkan sedikit susu cair. Jika tidak, boleh abaikan.

2. Kopi ais kaw

Bahan-bahan:

• 2-3 sudu serbuk kopi (empunya resipi guna serbuk kopi cap gantang)
• Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai
• Air panas secukupnya
• Ais secukupnya

Cara-caranya:

1. Rendam serbuk kopi dalam air panas secukupnya hingga nampak pekat. Tapis.
2. Masukkan susu pekat manis ikut cita rasa masing-masing.
3. Jika kopi terlampau pekat, boleh tambah air suam.
4. Tambahkan susu cair jika suka.
5. Masukkan ais ke dalam plastic, tuang bancuhan kopi dan sedia untuk dinikmati.

3. Teh ais kaw

Bahan-bahan:

• 3 cawan air
• 3-4 sudu serbuk teh
• Susu pekat manis – ikut kemanisan yang disukai
• 3/4 sudu susu cair
• Secubit garam
• Ais secukupnya

Cara-caranya:

1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk treh. Biarkan mendidih seminit dua kemudian tapis (empunya resipi tapis guna penapis kain)
3. Tambahkan susu pekat manis, susu cair dan juga garam. Sebatikan. Jika mahu rasa lebih lemak, boleh lebihkan susu cair.
4. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

Baca:

Menangis bawah kaunter sambil mencarut menyesal kerja F&B, ‘customer’ yang jenis berlagak patut insaf

Temui ajal di gelanggang, rupanya anak muda ini sanggup tolak beberapa ke universiti demi silat

‘Video itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian’, Hafiz tampil bersuara selepas teruk dikecam