Realtime website trackingweb stats

Nampak je makan sayur tapi khasiat hilang, ini 5 cara masak sayur yang dapat kekalkan zat

Oleh AHMAD ISMAIL

Banyak cara yang boleh diikuti untuk mengelakkan kehilangan banyak khasiat dalam sayur.

Sayur-sayuran seharusnya dimasak ketika ia masih segar kerana rasa, rupa dan nilai makanan itu dalam keadaan terbaik.

Sebaiknya, ia disediakan sejurus sebelum memasak kerana jika dibiarkan lama dalam air, ia boleh menyebabkan sebahagian khasiatnya menyerap keluar.

 Nampak je makan sayur tapi khasiat hilang, ini 5 cara masak sayur yang dapat kekalkan zat

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil dan cara masakan yang dibuat.

Ini 5 cara masak sayur yang dapat mengelakkan kehilangan zat makanan untuk manfaat tubuh:

1. Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat saja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.

2. Elakkan memotong sayur-sayuran kepada potongan kecil, jika boleh usah memotong sayur berkenaan.

3. Memasak secara mengukus lebih baik jika dibandingkan dengan cara merebus kerana dapat memastikan zat pada sayur-sayuran itu tidak hilang dengan banyak. Jika mahu merebus, pastikan sayur-sayuran tidak direbus hingga ia lembik.

4. Selain sayuran yang perlu dimasak, ulam-ulaman turut mempunyai khasiat yang banyak termasuk banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

5. Untuk kentang organik pula, usah buang kulitnya sebelum memasak kerana kulit kentang organik mengandungi kandungan antioksida yang tinggi.

Baca:

SST naik bukan alasan, peniaga bazar usah ‘cekik darah’ sebab penguat kuasa KPDN akan berkeliaran!

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Pemaju hartanah swasta terbesar China bergelut masalah kewangan, ini nasib menimpa Forest City