Realtime website trackingweb stats

Punyalah ‘kabel’ kuat, ini senarai 10 negara bahagia di dunia, nombor 4 tu buat-buatlah kagum

Oleh NUR KASIH

Tidak keterlaluan dikatakan punya kuatnya ‘kabel’ dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara yang sedang ganas melakukan genosid pun diiktiraf antara 10 negara bahagia di dunia.

Negara teratas yang mengungguli senarai paling bahagia di dunia pada tahun 2023 ialah Finland yang kekal memegang rekod itu dalam tempoh enam tahun berturut-turut.

Laporan Kebahagiaan Dunia oleh PBB itu mengambil kira enam faktor utama untuk meletakkan kedudukan lebih daripada 150 negara.

Punyalah 'kabel' kuat, ini senarai 10 negara bahagia di dunia, nombor 4 tu buat-buatlah kagum

Penilaian berdasarkan mata purata aspek kehidupan mereka, antara 2020 hingga 2022 berdasarkan faktor sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, kemurahan hati serta ketiadaan rasuah.

Laporan itu turut mengkaji jurang kebahagiaan antara kelas atas dan kelas bawah penduduk di setiap negara.

Kedudukan pada 2023 adalah sama seperti tahun sebelum dengan negara di rantau Nordik menduduki tiga tempat teratas iaitu selain Finland, dan diikuti Denmak dan Iceland, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Ahli falsafah dan penyelidik psikologi Finland, Frank Martela, berpendapat antara punca orang di Finland sangat gembira adalah kerana tidak membandingkan diri mereka dengan jiran mereka.

Jelasnya lagi, warga Finland tidak mengabaikan manfaat alam semula jadi dan tidak mengingkari kepercayaan masyarakat.

“Fokus lebih pada perkara yang menggembirakan anda dan kurangkan pada untuk fokus untuk dilihat berjaya.

“Langkah pertama untuk kebahagiaan sejati ialah menetapkan piawaian anda sendiri, bukannya membandingkan diri anda dengan orang lain,” lapor CNBC Make It.

Sementara itu, kedudukan tinggi Denmark sebahagiannya disebabkan tahap kesaksamaan dalam negara dan rasa tanggungjawab negara untuk kebajikan sosial, menurut laman web rasmi negara itu.

Orang yang tinggal di Denmark memang membayar antara jumlah cukai tertinggi di dunia sehingga separuh daripada pendapatan mereka.

Namun, aspek itu diimbangi dengan kebanyakan penjagaan kesihatan di negara ini adalah percuma.

Malah, pelajar universiti di Denmark tidak membayar tuisyen dan menerima geran untuk membantu menampung perbelanjaan sementara mereka belajar.

Selain itu, penjagaan anak diberi subsidi manakala warga emas menerima pencen dan dibekalkan dengan pembantu penjagaan.

Iceland pula, mungkin negara yang paling kurang penduduknya di Eropah.

Walau bagaimanapun, penduduk Iceland adalah antara yang paling gembira di dunia kerana sikap negara itu tidak bergantung kepada orang lain.

Penduduk Iceland juga mempunyai semangat kemasyarakatan yang kuat.

Berbeza dengan negara haram, Israel – sekutunya Amerika Syarikat (AS) tidak termasuk dalam kelompok 10 teratas.

Negara yang sakan membekalkan senjata kepada Israel untuk pembunuhan beramai-ramai di Palestin itu menduduki tangga ke-15.

Berikut senarai penuh 10 negara paling bahagia pada tahun 2023:

1. Finland

2. Denmark

3. Iceland

4. Israel

5. Belanda

6. Sweden

7. Norway

8. Switzerland

9. Luxembourg

10. New Zealand

Baca:

SST naik bukan alasan, peniaga bazar usah ‘cekik darah’ sebab penguat kuasa KPDN akan berkeliaran!

Rangup & cair di mulut, resipi biskut bangkit jadi pilihan ramai di pagi raya

Pemaju hartanah swasta terbesar China bergelut masalah kewangan, ini nasib menimpa Forest City