Realtime website trackingweb stats

Orang berilmu duduk di dapur pun boleh jadi duit – Ini geng yang perlekeh wanita belajar tinggi tak tahu

Oleh ADINDA

Dah tahun 2024 dan dunia sedang bercakap tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian pun masih ada lagi orang yang skeptikal terhaddap wanita yang belajar tinggi.

Bagi mereka yang suka perlekeh wanita muda yang melanjutkan pengajian tinggi konon akhirnya akan tersudut ke dapur, tidak sedar zaman gajet ini duduk di dapur pun boleh jadi duit.

Ikuti perkongsian Rubi Hasman ini menangkis sikap merendah-rendahkan wanita yang bercita-cita menggenggam ijazah:

 Orang berilmu duduk di dapur pun boleh jadi duit - Ini geng yang perlekeh wanita belajar tinggi tak tahu

“Belajar tinggi tinggi, akhirnya duduk dapur jugak”

Saya pernah jumpa orang yang bagi saya pemikiran dia agak kebelakang.

Apabila sembang dengan dia, macam-macam yang saya dan suami buat, dia rasa tak betul.

Apabila dia tahu saya tidak bekerja dalam bidang yang saya belajar dulu, katanya “baik hang tak payah belajaq. Buat habis duit ja. Last, last dok rumah jugak jaga anak”

Pulak dah…

Masa tu sebenarnya banyak yang saya nak terangkan tetapi saya memilih untuk diam sebab malas nak lawan orang yang lebih banyak “makan garam” ni.

Bagi saya, belajar di universiti bukan semata-mata untuk dapat kerja.

Kita belajar untuk dapatkan ilmu kehidupan juga.

Untuk tingkatkan diri kita jadi orang yang bagaimana, membentuk peribadi diri dan pemikiran yang lebih positif.

Yang paling bagus untuk kita gunakan mendidik diri dan generasi kita nanti.

Belajar tinggi-tinggi juga bukan soal untuk dapat duit lebih banyak, siapa yang lebih kaya dan berharta. Bukan.

Orang berilmu ni hantar di mana-mana pun boleh survive.

Dicampak hujung dunia pun pemikiran dia tak sama dengan orang yang kurang ilmu.

Ada ijazah tapi duduk dapur, itulah wanita yang hebat dan mulia.

Belajar tinggi-tinggi masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.

Dah lama tak jumpa pakcik tu. Apalah respon dia kalau tahu sekarang saya jadi ejen hartanah.

Baca:

Ini ibu bapa perlu tahu garis panduan pakaian sekolah sesi akan datang ketika cuaca panas melampau

Masak ketika maghrib dengan pintu terbuka, ibu husnudzon kuetiau goreng tiba – tiba ‘menghitam’

Tak perasan pun dah ‘kena’, bangun dari sujud badan macam tak seimbang, penyakit ini jangan dipandang remeh